Thursday, November 12, 2009

Teringat ada satu lagi testimoni bagi yang kena penyakit 'angin'

Ini antara pengalaman saya sendiri bagi tips pada seorang makcik pada tahun 2007. Masa tu saya saja test bagi pandangan pada dia, dan sejak itu saya tau memang herba ni mujarab bagi penyakit macam makcik tu.

Ubat nya Herba Tuju Angin.



Ceritanya begini.

Pada satu pagi yang hening, tak berapa hening jugak sebenarnya sebab ramai orang hari tu. Dalam asyik melihat orang ramai, di tempat ujian berkomputer JPJ di Baling, ada seorang makcik ni, yang juga salah seorang daripada calon ujian hari tu, dari awal dia datang saya tengok pucat je. Kejap-kejap macam nak muntah, kejap-kejap sendawa. Saya suspect dia ni mesti ada masalah perut. Lepas tu masa 'turn' dia menghadap komputer tengah nak jawab soalan tu, kejap-kejap keluar, lepas tu masuk balik ke bilik ujian, kerap jugaklah macam tu, sahih.....saya tunggu dia habis menjawab, dia pun keluar. duduk tak jauh dari saya. Tunduk je, muka memang pucat. Kesian.

"Maaf ye makcik, nak tanya makcik ada masalah ke, sebab dari tadi saya tengok macam tak sihat je." tanya saya macam doktor pulak.

"Erm makcik angin ni, lama dah macam ni. Lepas ni kena jumpa doktor la injection." Jawab makcik tu sambil menahan angin dalam badan.



"Loh, lama mana makcik kena ni?" tanya saya dengan nada kesian.

"Dah 3 tahun, tapi ye la, seminggu kurang-kurang 2 kali gi jumpa doktor, sekali injection rm30 jugak."

"hoh??? banyak dah tu makcik keluar duit." saya terkejut. Bayangkan kalau rm30 sekali inject, kali 2 kali seminggu kali pulak 8 kali sebulan kali 3 tahun....adehhhh makcik ni boleh pakai koman-koman pun Honda Civic 2.0.

"Makcik tak cuba ubatan kampung ke, herba ke?"

"Makcik tak penah pun, gi hospital je dari mula dulu...", kondifen je makcik tu jawab.

"Ok la makcik, lepas ni makcik jangan membazir duit lagi, jimat-jimat, saya syorkan makcik try ubat herba ni, Herba Tuju Angin, nak tak??" saya bagi tawaran pada dia.

"Ubat ape tu?" tanya makcik balik.

"Ini ubatan herba tanpa kimia keluaran HPA, makcik pernah dengar HPA tak sebelum ni?"

"Pernah la dulu tapi tak pernah cuba pulak, berapa harganya?" makcik tu dah macam terpikat je.

"Tak mahal makcik, ubat injection tu lagi mahal dari yang ni, harganya rm16 je makcik, dalam bentuk kapsul,insyaAllah makcik makan ni dan istiqamah, jangan tinggal,ok tak?"

"Ok nah, esok bagi kat sekolah memandu yang bawak makcik tu, dia kenal makcik..."

Terus je makcik tu bagi duit. Wah gini gayanya kalau semua orang macam makcik tu, kaya cepat aku, angan saya masa tu.



Lepas seminggu, makcik tu datang lagi ke pusat ujian tu. Tapi saya tak kenal. Sebabnya, memang berbeza dari mula jumpa dulu. Berseri wajahnya, stedi je tapi tak tegur saya pulak, dia buat tak kenal, akhirnya saya yang tegur...

"Eh ni makcik yang ambik ujian hari tu ke?"

Dia angguk kepada, sambil senyum.

"Ha, berseri dah muka nampaknya, angin camne, dah kurang ke?" tanya saya dengan rasa kagum atas kuasa Allah.

"Alhamdulillah, ok dah, makcik dah boleh sarapan, makan pun takde masalah, kalau tak dulu payah nak makan, angin pun dah hilang...kalau makcik nak pesan lagi boleh pesan kat adik tak?"

"Eh takpe makcik, makcik boleh cari stokis dan cawangan yang terdekat dengan tempat makcik, senang lagi...sama je lagipun, ni kira saya senang hati la tengok makcik dah ok...syukurla.."

Itu la antara dialog yang memulakan pengembaraan saya lebih jauh bersama HPA, Herba Tuju Angin tu membuat saya yakin, bahawa banyak lagi produk HPA ni, insyaAllah kesannya adalah baik dan memuaskan, cuma umpama kata Tuan Haji Ismail, "Pil utama yang harus kita telan adalah PIL KESABARAN". Benar! Kalau tak sabar, ubat apa pun tak jadi.

Masa tu saya tak tau lagi sinergi ubatan ni. Tau guna je, tapi dah lama-lama hasil penimbaan ilmu di kelas mingguan dan kuliah-kuliah oleh leader-leader HPA, saya akhirnya tau, yang lebih berkesan ialah kalau kita sinergikan ubatan itu, sampai speed nya 13x ganda...

Saya masuk ahli hujung tahun 2006, masuk tu pun yakin tak yakin je...tapi mula tahun 2007 tu la yang saya cuba-cuba..akhirnya cinta saya pada HPA tak dapat digugah lagi, walau pun VEMMA masuk hari-hari pujuk saya ni, bonus, downline yang banyak, tapi apa gunanya kalau syarikatnya dari US, pemiliknya orang kafir jugak. Promosinya banyak yang bukan Islam, dedah aurat sana sini, halal apa tu??? Macam keje 7-eleven, nampak halal la sebab tak merompak, tak mencuri,tak minum arak, tapi dia ada jual arak, sama la.....anak melayu pulak yang tukang jual, hah bagussss.....

Oleh itu, nampaklah HPA ni saja penyelamat ekonomi ummah di Malaysia ni, dan insyaAllah sampai seluruh dunia juga..yakinlah...dan beramallah.

No comments:

Post a Comment