Sunday, November 15, 2009

Lengkapkan perjuangan jihad anda dengan produk halal lagi toyyib.

Kebanyakan dari ahli PAS yang saya jumpa dan selidik, memang tak peka terhadap halal dan haram. Kenapa ini harus berlaku? Ini saya temui dalam kampung halaman mentua saya sendiri, kampung tu 100% ahli PAS, orang panggil kampung PAS. Mak mentua saya sendiri adalah Ketua Muslimat di situ, mana? KEDAH. Kuatkan kat Kedah....syukurlah mak mentua saya turut sedar, kalau tak ,rasanya perjuangan memartabatkan Islam tak lengkap.

Kenapa tak lengkap?

Ini lah isu hangat yang orang 'dok' marah pada saya sebab menyibuk sangat pasal halal haram.

Boikot? Lagi la orang melenting. Sebab apa, sebab rokok le. Rata-rata orang tua ngan bebudak kat kampung tu merokok. Wah melenting la mereka kalau suruh boikot. Kalau Tok Guru Nik Aziz cakap merokok tu lebih hina dari lembu, hai tak reti-reti ke lagi? Ni pejuang Islam pekebende kalau yang kecik tu pun takleh nak musnahkan, apatah lagi nak musnahkan musuh Islam dalam bentuk tentera tu. Lupakanlah nak berjihad...join la UMNO ke DAP ke MIC ke MCA ke, sebab mereka ni takde fatwa haramkan rokok.

Pemimpin PAS ada yang merokok tu bawak-bawaklah muhasabah diri. Jangan la nampak UMNO je korang nak belasah, tapi Musyidul Am sendiri cakap buat 'donno' je...serupalah macam orang mengaku sayangkan Nabi, tapi sunnah Nabi tak amal, langgar semacam je, ape cite ni beb?

Kadang-kadang saya rasa kecewa la, memang kecewa tengok pejuang Islam kita sendiri menyokong kempen 'bunuh diri' ni, merokok tu bunuh diri la, tak faham lagi? Tak faham memang lembu la...eh lagi hina dari lembu sebetulnya tu...

Paling hangat hati, baru pegang poster boikot produk Israel, ada pulak rokok punya jenama, terus orang kampung membebel, mencemuh usaha boikot ni, kata mereka apa nak tau...

"Hish nak boikot apa, tak berjaya punya, tu yang kat atas tu dok makan komisyen lagi banyak, depa kata boikot la, bahayakan kesihatan la, tapi belakang duit masyukkkkk....sia-sia je boikot, lagi berlambak ada la kat pasaran..."

Itu la perangai, memang tak tau dek untung. Yang cakap tu pun ada yang sampai hitam bibir merokok punya kuat, kat dalam badan tu tak tau la camne pulak. Mereka ni bukan pejuang Islam sejati sebabnya, zahir je pejuang Islam tapi batin bagi 'sponsor' kat Israel, menatang yang rosakkan Palestin tu la...kalau sayang kat Israel, teruskanlah agenda korang, tak payah la dok penat-penat berjuang menegak agama Allah ni, orang ni PEMBOHONG BESAR!!!

Kalau dalam badan tu dah masuk najis, nak berjuang tu Allah terima ke? Najis tu najis yang dicari,sengaja dicari bukan tak sengaja. Wahai pejuang Islam, jagalah pemakanan dan pemakaian kita, sebab amal ibadah takkan diterima kalau ia bersalut dengan najis dan benda haram. Makanan yang kita makan seharian adakah kita pasti ianya halal dan suci? bukan iklan ubat gigi Colgate tu, itu suci ikut kepala otak orang kafir. Tapi suci dalam ertikata mengikut syariat dan hukum Islam sebenar. Bukan 100% Jakim punya cop halal sebab cop tu boleh dibeli. Jangan terpedaya sebab Jakim pun ada terkhilaf jugak. Maknanya, semak betul-betul dari mana asal usulnya, bahan-bahannya, siapa pembuatnya, macam mana ia diperbuat dan banyak lagi benda kena semak.

Kampung mak mentua saya tu ada kedai runcit. tapi jadi macam kedai Cina apek sebab serbaneka mak nenek ada dalam tu, bercampur baur halal dan syubhah. Orang kampung yang peka ada jugak tegur, tapi buat 'dekkkkk' je la nasihat orang tu, merosakkan anak-anak kecik kat kampung tu, gula-gula dari China punyalah banyak. Tapi yang ironinya, jadi imam surau plak...hmm fikir-fikirkanlah. Ini baru cerita satu kampung, kampung lain ada jugak yang macam ni kes nya...pasti ada.

Ini saya nak bagi contoh, bahawa tak semua pejuang Islam kita ni ikhlas. Nasib rakyat Palestin mereka tak endahkan. Sebab rajin sedekah duit untuk Israel, beli rokok dan barang-barang keluaran Israel, bagusla bagi peluang pada Israel menghancurkan umat Islam sendiri. Yang pak aji ada yang bangganya tampal stiker McDonalds Drive thru kat depan cermin kereta. Anak-anak muda jangan dikira, memang ramai yang tampal jugak. Bangga la dengan McD korang tu. Di akhirat esok jawabla depan Allah Ta'ala kenapa sanggup sokong produk Israel/Yahudi laknatullah sedangkan produk Islam banyak lagi kat pasaran. Jawab la korang baik-baik ye....

Itu baru kes rokok dan McD, banyak lagi produk Israel yang kita tak tau, tanpa kita sedari telah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka umpama Ambi Pur, Munchies, Kraft, Lux dan lain-lain. Tengokla poster boikot tu. Hentikanlah sokongan kepada mereka, inilah caranya kita nak tolong umat Islam kita, sebab nak pegi berjuang angkat senjata masing-masing ada alasan, jadi ni la cara halus untuk kita musnahkan Israel dan sekutunya, jadi mereka akan lumpuh dan sedar diri la sikit.

Ada jugak produk dari unsur-unsur khinzir (babi). AWAS!!! Anda periksa la sebelum makan atau pakai.

No comments:

Post a Comment