Friday, October 16, 2009

Kebas kaki - ubatnya......

Salam kepada semua pembaca budiman.

Kisah testimoni kali ini adalah tentang abah saya. Beliau ni dah lama menghidap penyakit darah rendah dan selalu sangat kebas-kebas kat kaki. (dulu pernah eksiden jatuh gaung, tak pernah gi urut pun, degil orangnya..hehe) Agaknya sebab itu la kebas-kebas tu selalu terjadi semenjak dua menjak tiga menjak ni....

Satu hari tu, sampai berdarah di kaki, menitik-nitik dia tak sedar, sampai gitu sekali beliau tak rasa apa pun. Saya bertambah risau bila di berjalan pun tak rasa sama ada berpijak di bumi yang nyata atau pun tak. Terus saya tanpa fikir panjang, beli Omega 3 dan juga herba rendaman kaki HPA untuk dia. Omega 3 ni untuk lancarkan darah dia yang mungkin tersumbat dengan kolestrol atau ape, dan juga sebab dia darah rendah, jadi elok sangat la Omega 3 ni.

2 hari dah nampak perubahan! Biar betul...sedangkan dia baru saja 2 hari gunakan herba rendaman kaki dan omega 3 tu. Dulu dia payah nak berjalan, sekarang dah lancar, "..bolehlah rasa dah berbanding dulu, tak rasa apa bila berjalan."kata abah.

Dalam kotak herba rendaman kaki tu ada 5 peket untuk digunakan 5 hari berturut-turut pada malam nak tido. Saya suruh abah habiskan, tapi degil, cukup 2 bungkus tu dia dah rasa ok terus dia taknak amalkan. Itu yang saya kesal. Tapi alhamdulillah, abah bertambah yakin dengan HPA sedangkan dulu dia tak berapa percaya herba-herba ni, sket-sket farmasi. Abah dah mula amalkan kopi Radix dan herba-herba HPA yang lain. Alhamdulillah.

Untuk mereka-mereka yang mengalami kebas kaki jugak, boleh lah amalkan Omega 3 dan Herba Rendaman Kaki HPA, insyaAllah, istiqamah tau jangan sekerat jalan...pil yang harus kita telan pertama kali adalah pil kesabaran! Ingatttttt.....!!!!