Tuesday, November 24, 2009

ARTIKEL SIM: Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

Artikel dipetik dari web PPIM.

tutp_aurat.jpg

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannyailmu Islam sebenar.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo. com

Sunday, November 22, 2009

Tok Guru Nik Aziz yang ku sanjungi


Kasihan aku melihat Tok Guru yang ku sanjungi selalu. Semenjak dua menjak ni, beliau asyik di'buli' oleh media dan orang sekitarnya, hatta orang PAS sendiri. Orangnya yang tenang dan penuh kesabaran, menangkis segala tohmahan dengan bijaksana dan hujah yang matang. Sekaligus mampu menutup mulut orang-orang yang amat tidak menyenangi beliau. Akan tetapi, oleh kerana sifat manusia dan kadang-kadang terhasut dengan bisikan syaitan, tetap jua ingin menyerang Tok Guru dengan bertubi-tubi fitnah dan adu-domba, agar mereka merasa puas, nafsu mereka puas dan syaitan mereka juga puas.

Huh, kalau bukan di Malaysia, sudah lama musuh-musuh Islam ini dibunuh. Siapa musuh-musuh Islam? Mereka ialah kaum munafik, musuh dalam selimut dan juga puak-puak kafir laknatullah. Tapi, aku tak hairan sangat kalau fitnah datang dari orang-orang kafir sebab mereka memang dah nyata memusuhi Islam. Yang aku amat nak bunuh ialah mereka yang mengaku Islam, mengaku solat dan ikut sunnah Nabi, tapi dalam hati, ada niat yang membusuk ingin melihat Islam mundur dan kaku. Puak munafik inilah yang aku nak musnahkan habis-habisan. Mereka sesak nafas bila melihat Islam nak tertegak, mereka tak boleh tidur memikirkan Islam nak berkembang, cepat-cepat mereka merebakkan virus bencikan Islam secara 'halus' ke dalam masyarakat. Menjadikan masyarakat kucar-kacir.

Sebenarnya, puak sekular inilah yang mengkucar-kacirkan umat Islam, bukan agama Islam itu sendiri. Parti Islam adalah sebuah parti yang berlandaskan Islam hendak menegakkan Islam, tetapi puak sekular menuduh parti Islam inilah yang hendak menjahanamkan Islam...?

Ini yang memeningkan kepalaku. Macam mana pulak orang yang bukan benar-benar hendak mendaulat Islam mengatakan kepada orang yang benar-benar berjuang menegakkan Islam, ingin menjahanamkan Islam itu sendiri? Macam ayam dengan itik la nih........


Selepas isu Haji tajaan, isu menantu beliau pulak, lepas tu isu Husam Musa...tapi Tok Guru seorang yang tak mudah melatah, aku tak pernah sangsi dengan pendiriannya, kerana beliau tetap teguh berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah. Aku sentiasa dibelakangmu Tok Guru, dan aku akan berada di depanmu untuk mempertahankan dirimu. Semoga Allah beri kesempatan...


Tok Guru insan yang aku sanjungi dan hormati, andaikata Tok Guru berseorangan, aku lah pendampingnya, selamanya...hingga ke akhir hayatku.

Takkan goyah pendirianku ini...wahai Tok Guru. Allahuakbar!!!

Apa tandanya....

Apa tandanya bila makanan kita dari sumber yang haram dan syubhah?

Tandanya ialah :

1) Hati kita menjadi redha dengan maksiat di sekeliling tanpa sedikitpun rasa benci dan rasa ingin mencegahnya.

2) Kita suka kepada benda-benda 'lagha', yakni sia-sia, umpamanya, mengumpat, memfitnah, dengki-khianat, tamak haloba, riyak, ujub (rasa diri tu bagus dari orang lain), suka mendengar muzik yang melalaikan dan terkeluar dari unsur Islamiyyah (rasa jiwa tenang mendengar lagu-lagu cinta yang menaikkan syahwat, tenang apabila mendengar lagu heavy metal, death metal, black metal dan seangkatan dengannya)

3) Kita rasa benci kepada tazkirah dan sebarang bentuk keagamaan seperti ceramah, nasyid, kuliah dan seangkatan dengannya.

4) Kita rasa menyampah kepada ulama tetapi amat cintakan artis-artis termasuklah dari negara barat.

5) Kita asyik teringat kepada tempat-tempat hiburan dan kelab malam dan suka duduk dalam kelompok mereka daripada teringatkan masjid dan surau.

6) Suka makan makanan yang tidak jelas hukumnya, buatan orang kafir terutamanya.

7) Suka kepada benda-benda lucah, dan perbuatan tidak senonoh umpama merempit, dadah, mencarut dan berkata kurang sopan.

8) Melawan kata orang-orang tua. Tiada rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Derhaka kepada ibu bapa.

9) Suka kepada fesyen-fesyen barat, tidak menutup aurat dan pakaian yang menjolok mata tidak melambang pekerti mulia.

10) Suka kepada zina, minum arak, pergaulan bebas tanpa batasan, suka berkhalwat dan sebagainya.


Di atas adalah antara contoh mereka yang telah rosak pemikiran dan rohani, cepat-cepatlah bertaubat dan insafi segala perbuatan sekiranya kita merasa telah menyimpang jauh dari batas-batas Islam. Setiap kita ada dosa masing-masing, Allah amat suka kepada mereka yang memohon ampun kepadaNya dan suka memperbaiki diri.

Hindari rezeki bawa kepada azab ALLAH

Marilah kita mendengar dan memahami serta beramal dengan petunjuk Allah SWT di dalam al-Quran berkaitan rezeki yang dikurniakan kepada kita di dunia ini berdasarkan Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah: 172)



Yang dimaksudkan dengan memakan rezeki yang halal ialah mengambil manfaat daripada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, bukan sahaja dalam soal makan, minum, pakaian, tempat tinggal termasuk juga kenderaan yang digunakan.

Semua perkara yang digunakan itu mestilah diambil daripada rezeki halal dan diizinkan oleh Allah SWT. Dengan lain pengertian, bukan sahaja rezeki itu daripada bahan-bahan halal tetapi perlu memastikan daripada sumber-sumber halal dan dimanfaatkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah SWT.



Perkara ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Allah memerintah orang-orang yang beriman sahaja dengan apa yang diperintahkan kepada rasul-Nya. Firman Allah SWT: Wahai rasul-rasul, makanlah kamu daripada yang baik lagi halal dan beramallah kamu dengan amal yang soleh, sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mukminun: 51).



Dan firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu yang halal yang Aku rezekikan kepada kamu. (Al-Baqarah: 172).



Kemudian Rasulullah s.a.w menceritakan seorang lelaki yang terlalu banyak musafirnya sehingga kusut masai rambutnya, berdebu pakaiannya. Lelaki itu berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan sejak kecil lagi dia diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimana Allah akan memperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim)



Ini menunjukkan perkara yang halal sangat mempengaruhi kehidupan di dunia ini dan hubungan dengan Allah SWT dari kehidupan dunia sampai akhirat.



Bukan sahaja dimasukkan ke dalam syurga bagi mereka yang mengambil dan menggunakan yang halal dan dimasukkan ke dalam neraka bagi mereka yang menggunakan yang haram, bahkan mereka akan menjalani kehidupan dunia dalam keadaan yang tidak berkat serta mendapat kutukan Allah.



Yang dimaksudkan mengambil yang haram itu ialah mengambil harta dengan cara yang tidak diizin oleh Allah sama ada mencuri, merompak, menyamun, menipu, rasuah dan lain-lain lagi, termasuk mengambil harta sesama manusia dengan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.



Itulah perkara-perkara yang haram yang dinyatakan oleh Allah SWT, bukan sahaja mengambil makanan dengan cara mencuri adalah haram di sisi Allah sepertimana meminum arak.



Maka begitu juga mengambil barang milik orang lain dengan cara yang tidak betul, termasuk juga menggunakan kenderaan dan rumah dengam sumber yang haram, termasuk juga tanah-tanah yang diambil, duit yang diambil dengan cara yang tidak halal, membahagi harta pusaka dengan cara yang tidak betul, semua yang diambil adalah haram di sisi Allah dan diberi amaran keras oleh Rasulullah s.a.w.



Amaran oleh Allah SWT kepada mereka yang memakan makanan yang haram, makanan yang diambil dengan harta yang haram, minuman yang haram atau minuman yang dibeli dengan harta yang haram, semuanya itu akan menjadi umpan api neraka dalam perut mereka.



Termasuklah mereka yang memakai pakaian dengan cara dan gaya yang haram juga akan menjadi umpan api neraka kepadanya pada hari kiamat.



Begitu juga kepada mereka yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang haram. Ini bukannya satu perkara yang boleh dipermain-mainkan, termasuklah mereka yang cerdik pandai dan bijak, mencari rezeki secara rasuah.



Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya. "



Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya): "Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah semuanya di dalam neraka."



Begitulah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w. Rasuah bukan sahaja untuk mendapat sesuatu tetapi termasuklah untuk mendapat pengaruh seperti melantik pemimpin-pemimpin melalui rasuah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Bani Izrail yang memilih pemimpin-pemimpin yang memberi rasuah kepada mereka. Maka pemimpin itu akan bersama dengan para pengikutnya di dalam neraka pada hari kiamat.



Marilah kita memahami hakikat ini dan berpegang dengan petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah serta petunjuk yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. terutamanya pada zaman manusia yang mabuk dengan keduniaan, kemewahan dan kesenangan.

Mereka mengambil apa sahaja dengan tidak mengikut petunjuk daripada Allah SWT tetapi mengikut selera hawa nafsunya. Marilah kita menyelamatkan diri kita dengan agama.


Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188).

Semoga kita tidak menjamah rezeki yang tidak halal agar jasad kita tidak sempat dijilat oleh Neraka Allah nanti..-imamazhari.blogspot

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Thursday, November 19, 2009

Menaja secara percuma?



Kenapa Perlu Menaja? Inilah kaedah perkembangan jaringan MLM,bisnes Multi level yang menekan kepentingan rakan kongsi,rakan niaga dikalangan usahawan.

Mereka yang Berjaya,memiliki keahlian yang ramai manakala yang gagal biasanya menjadi ahli sekadar menguna atau kekadar cuba-cuba sahaja. Dalam perniagaan MLM ,mereka yang Berjaya adalah dikalangan yang bertuah berbanding mereka yang gagal. Ada juga ahli walaupun tidak seaktif mengembang jaringan tempias nya dari “ UPLINE/DOWNLINE” dapat juga merasai kelebihan MLM.

Belian setakat mencukupkan syarat sudah memadai menerima bonus empat angka, ini kerana keprihatinan,ehsan “UPLINE” yang berusaha membantu anak buahnya mencari ahli ,rakan niaga bagi memperkukuhkan jualan seterusnya memangkin anak buahnya menerima bonus yang tinggi seterusnya menaikkan pangkat “ UPLINE”.

Tidak hairanlah ada dikalangan ahli yang tidak mengenali rakan jaringannya ,sedangkan jaringannya ada yang bergelar pengarah dan berjaya menerima pendapatan beribu-ribu ringgit.
Inilah kelebihan perniagaan MLM,siapa sangka pada pemulaan ahli biasa tetapi setelah bertahun sudah berpangkat.



Siapa sangka dalam mengembangkan jaringan ada yang mengeluarkan modal yang besar, membeli kit niaga percuma ditawarkan kepada ahli yang masuk jaringannya. Besar pengorbanan tetapi dengan harapan orang yang ditaja akan aktif seperti diharapkan. Memang ada yang untung tetapi kalau orang yang ditaja tidak faham konsep MLM, meraka merasakan bertuah dapat ahli “ Free “ nak buat ke tak buat ke, sudah dikira untung yang rugi penaja itu sendiri terpaksa menanggung RM30.00 setiap ahli yang hendak ditaja.

Penulis pernah berjumpa dengan ahli sedemikian, baik penaja ataupun yang ditaja, yang ditaja ada mengatakan kekasalan ( Tak balik Modal/ tak menjadi ),yang ditaja berbangga sebab tak mengeluarkan modal sesenpun ( Tak Rugi ) untuk menjadi ahli HPA. Bila ditanya kenapa tak aktif, jawabnya “ Buat apa aku nak aktif,aku sendiripun tak faham HPA benda apa, suruh jadi ahli aku jadi ahli bukan kena duit,” jadi itulah kisahnya yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Bayangkanlah itu pengorbanan sebanyak RM30.00 X 10orang = RM300.00 kalau 100orang RM3000.00 kalau 1000orang RM30,000.00 kalau menjadi ianya menguntungkan tetapi sebaliknya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Terpulanglah kepada individu itu sendiri bagaimana cara hendak menaja,jangan terlalu gairah Tanpa memikirkan kesannya. Berbudilah kepada yang sudi,bersedekah pada yang memerlukan.

Kelebihan Ahli HPA

Orang ramai tanya kepada saya apa kelebihan jadi ahli HPA ni? Ada macam Tesco bagi ke? Atau macam MLM lain?

Okey, di sini saya akan bagitau apa kelebihannya ye.

1. Keahlian HPA hanya RM30.00 seumur hidup. Tak perlu renew.
2. Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.
3. Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus.
4. Pelbagai jenis produk dari 300 lebih jumlahnya dan akan menjangkau target 500 produk.
5. Produk senang dibeli, murah, amat adil dan saksama, berkualiti, halal dan suci.
6. Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan pendapatan 5 angka sebulan.
7. Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.
8. Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
9. Ribuan stokis dan ratusan cawangan HPA di seluruh Malaysia.
10. Tawaran 11 jenis ganjaran bonus lumayan melalui pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!
11. Ahli boleh melabur dalam Koperasi HPA untuk mendapatkan keuntungan.
12. HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.
13. HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, insyaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.
14. Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC),Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Radix Chicken House (RCH), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.
15. Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.
16. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
17. Ahli akan mendapat diskaun sehingga 50% apabila menginap dimana-mana rangkaian Hotel D'Palma.
18. Penerapan nilai-nilai Islam sejati dalam diri setiap ahli. Ia adalah tunjang dalam perniagaan HPA. Allah diutamakan, baru bisnes bagus!
19. Ahli akan dapat manfaat apabila HPA International telah melangkaui pelbagai negara. Jadi jika ada cawangan di mana-mana di serata dunia, ahli takde masalah untuk beli produk.
20. Dapat buat lawatan ke kilang-kilang dan ladang-ladang untuk mendekati lagi HPA dan menyelami prinsip perjuangan "Menjana Ekonomi Ummah".

Dan banyak lagi yang tak tertulis di sini....

Marilah menjadi sebahagian pejuang produk Islam untuk umat Islam seluruhnya.

Awas!! Penipu umat Islam.


Ini antara tindakan biadap sesetengah pengusaha restoran yang mempermainkan hukum Allah S.W.T. Siapakah yang harus kita persalahkan?

Adakah JAKIM?

Adakah umat Islam sendiri?

Adakah tokey kedai?

Sama-sama kita fikirkan.....

Wednesday, November 18, 2009

Sudahkah anda berhenti dari memakan produk KFC?

Dah ramai boikot dan berhenti dari membeli produk KFC. Kalau anda sudah, alhamdulillah. Kalau belum, mari lihat apa yang saya nak bagi anda tatap....let's roll!!!!








dan ini....


http://www.kentuckyfriedcruelty.com/

Ini adalah tentang 'kejamnya' KFC terhadap binatang yakni ayam. Kalau selebriti mat saleh pun dah pandai dan tau boikot KFC, apa pulak kita ni sebagai orang Islam, takkan takde sikit pun ambil pusing dengan kenyataan ini.

Pamela Anderson, yang dikaitkan dengan simbol 'seks', pun tau sayangkan haiwan, dan artis barat bernama PINK, juga boikot KFC dan ramai lagi orang-orang US yang boikot KFC.

Anda boleh faham sendiri kerana anda ada otak dan akal bukan? Yang tak pandai nak fikir tu, lebih teruk la dari artis barat Amerika nun...

Monday, November 16, 2009

Boleh ke cari makan dengan syarikat yang berniaga arak?

Ini isu yang orang Islam kena tau!

Walau syarikat itu (bukan Islam) berniaga menggunakan 2 akaun, satu akaun untuk yang halal dan satu lagi untuk yang haram (arak dsb), maknanya syarikat itu nyata-nyata mempunyai urusniaga yang haram di dalamnya. Memang 2 akaun tapi ditujukan kepada nama syarikat itu juga, btul kan?

Maknanya di sini, kena faham, orang yang buat arak, hidang arak, beli arak, minum arak, sediakan arak bukankah sama tarafnya? semua berkaitan arak juga!!!

Sudahlah, beralihlah kepada syarikat Islam yang dijamin halalnya, berkatnya, sucinya, bersihnya dan yang pasti dibuat oleh orang Islam yang cukup rukunnya, Iman dan Islam.

Jangan lah nak menegakkan benang yang basah, semata-mata kerana bonus yang tinggi dan senang pulak dapat downline, bonus dan sebagainya, kita sanggup mengabaikan hukum Islam dan bermatian berjuang dalam syarikat orang kafir yang jelas ada unsur syubhah dan haram di dalamnya. Di akhirat nanti, kita dimasukkan dalam kelompok kafir itu dan terus dicampak dalam api Neraka Jahannam, na'uzubillah.

Hadis Rasulullah SAW “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Sunday, November 15, 2009

Lengkapkan perjuangan jihad anda dengan produk halal lagi toyyib.

Kebanyakan dari ahli PAS yang saya jumpa dan selidik, memang tak peka terhadap halal dan haram. Kenapa ini harus berlaku? Ini saya temui dalam kampung halaman mentua saya sendiri, kampung tu 100% ahli PAS, orang panggil kampung PAS. Mak mentua saya sendiri adalah Ketua Muslimat di situ, mana? KEDAH. Kuatkan kat Kedah....syukurlah mak mentua saya turut sedar, kalau tak ,rasanya perjuangan memartabatkan Islam tak lengkap.

Kenapa tak lengkap?

Ini lah isu hangat yang orang 'dok' marah pada saya sebab menyibuk sangat pasal halal haram.

Boikot? Lagi la orang melenting. Sebab apa, sebab rokok le. Rata-rata orang tua ngan bebudak kat kampung tu merokok. Wah melenting la mereka kalau suruh boikot. Kalau Tok Guru Nik Aziz cakap merokok tu lebih hina dari lembu, hai tak reti-reti ke lagi? Ni pejuang Islam pekebende kalau yang kecik tu pun takleh nak musnahkan, apatah lagi nak musnahkan musuh Islam dalam bentuk tentera tu. Lupakanlah nak berjihad...join la UMNO ke DAP ke MIC ke MCA ke, sebab mereka ni takde fatwa haramkan rokok.

Pemimpin PAS ada yang merokok tu bawak-bawaklah muhasabah diri. Jangan la nampak UMNO je korang nak belasah, tapi Musyidul Am sendiri cakap buat 'donno' je...serupalah macam orang mengaku sayangkan Nabi, tapi sunnah Nabi tak amal, langgar semacam je, ape cite ni beb?

Kadang-kadang saya rasa kecewa la, memang kecewa tengok pejuang Islam kita sendiri menyokong kempen 'bunuh diri' ni, merokok tu bunuh diri la, tak faham lagi? Tak faham memang lembu la...eh lagi hina dari lembu sebetulnya tu...

Paling hangat hati, baru pegang poster boikot produk Israel, ada pulak rokok punya jenama, terus orang kampung membebel, mencemuh usaha boikot ni, kata mereka apa nak tau...

"Hish nak boikot apa, tak berjaya punya, tu yang kat atas tu dok makan komisyen lagi banyak, depa kata boikot la, bahayakan kesihatan la, tapi belakang duit masyukkkkk....sia-sia je boikot, lagi berlambak ada la kat pasaran..."

Itu la perangai, memang tak tau dek untung. Yang cakap tu pun ada yang sampai hitam bibir merokok punya kuat, kat dalam badan tu tak tau la camne pulak. Mereka ni bukan pejuang Islam sejati sebabnya, zahir je pejuang Islam tapi batin bagi 'sponsor' kat Israel, menatang yang rosakkan Palestin tu la...kalau sayang kat Israel, teruskanlah agenda korang, tak payah la dok penat-penat berjuang menegak agama Allah ni, orang ni PEMBOHONG BESAR!!!

Kalau dalam badan tu dah masuk najis, nak berjuang tu Allah terima ke? Najis tu najis yang dicari,sengaja dicari bukan tak sengaja. Wahai pejuang Islam, jagalah pemakanan dan pemakaian kita, sebab amal ibadah takkan diterima kalau ia bersalut dengan najis dan benda haram. Makanan yang kita makan seharian adakah kita pasti ianya halal dan suci? bukan iklan ubat gigi Colgate tu, itu suci ikut kepala otak orang kafir. Tapi suci dalam ertikata mengikut syariat dan hukum Islam sebenar. Bukan 100% Jakim punya cop halal sebab cop tu boleh dibeli. Jangan terpedaya sebab Jakim pun ada terkhilaf jugak. Maknanya, semak betul-betul dari mana asal usulnya, bahan-bahannya, siapa pembuatnya, macam mana ia diperbuat dan banyak lagi benda kena semak.

Kampung mak mentua saya tu ada kedai runcit. tapi jadi macam kedai Cina apek sebab serbaneka mak nenek ada dalam tu, bercampur baur halal dan syubhah. Orang kampung yang peka ada jugak tegur, tapi buat 'dekkkkk' je la nasihat orang tu, merosakkan anak-anak kecik kat kampung tu, gula-gula dari China punyalah banyak. Tapi yang ironinya, jadi imam surau plak...hmm fikir-fikirkanlah. Ini baru cerita satu kampung, kampung lain ada jugak yang macam ni kes nya...pasti ada.

Ini saya nak bagi contoh, bahawa tak semua pejuang Islam kita ni ikhlas. Nasib rakyat Palestin mereka tak endahkan. Sebab rajin sedekah duit untuk Israel, beli rokok dan barang-barang keluaran Israel, bagusla bagi peluang pada Israel menghancurkan umat Islam sendiri. Yang pak aji ada yang bangganya tampal stiker McDonalds Drive thru kat depan cermin kereta. Anak-anak muda jangan dikira, memang ramai yang tampal jugak. Bangga la dengan McD korang tu. Di akhirat esok jawabla depan Allah Ta'ala kenapa sanggup sokong produk Israel/Yahudi laknatullah sedangkan produk Islam banyak lagi kat pasaran. Jawab la korang baik-baik ye....

Itu baru kes rokok dan McD, banyak lagi produk Israel yang kita tak tau, tanpa kita sedari telah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka umpama Ambi Pur, Munchies, Kraft, Lux dan lain-lain. Tengokla poster boikot tu. Hentikanlah sokongan kepada mereka, inilah caranya kita nak tolong umat Islam kita, sebab nak pegi berjuang angkat senjata masing-masing ada alasan, jadi ni la cara halus untuk kita musnahkan Israel dan sekutunya, jadi mereka akan lumpuh dan sedar diri la sikit.

Ada jugak produk dari unsur-unsur khinzir (babi). AWAS!!! Anda periksa la sebelum makan atau pakai.

Bahayanya Panadol

oleh : Zamri kechik

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Sumber : Pusat Stokis HPA Daerah Batu Kurau.

Thursday, November 12, 2009

Teringat ada satu lagi testimoni bagi yang kena penyakit 'angin'

Ini antara pengalaman saya sendiri bagi tips pada seorang makcik pada tahun 2007. Masa tu saya saja test bagi pandangan pada dia, dan sejak itu saya tau memang herba ni mujarab bagi penyakit macam makcik tu.

Ubat nya Herba Tuju Angin.



Ceritanya begini.

Pada satu pagi yang hening, tak berapa hening jugak sebenarnya sebab ramai orang hari tu. Dalam asyik melihat orang ramai, di tempat ujian berkomputer JPJ di Baling, ada seorang makcik ni, yang juga salah seorang daripada calon ujian hari tu, dari awal dia datang saya tengok pucat je. Kejap-kejap macam nak muntah, kejap-kejap sendawa. Saya suspect dia ni mesti ada masalah perut. Lepas tu masa 'turn' dia menghadap komputer tengah nak jawab soalan tu, kejap-kejap keluar, lepas tu masuk balik ke bilik ujian, kerap jugaklah macam tu, sahih.....saya tunggu dia habis menjawab, dia pun keluar. duduk tak jauh dari saya. Tunduk je, muka memang pucat. Kesian.

"Maaf ye makcik, nak tanya makcik ada masalah ke, sebab dari tadi saya tengok macam tak sihat je." tanya saya macam doktor pulak.

"Erm makcik angin ni, lama dah macam ni. Lepas ni kena jumpa doktor la injection." Jawab makcik tu sambil menahan angin dalam badan.



"Loh, lama mana makcik kena ni?" tanya saya dengan nada kesian.

"Dah 3 tahun, tapi ye la, seminggu kurang-kurang 2 kali gi jumpa doktor, sekali injection rm30 jugak."

"hoh??? banyak dah tu makcik keluar duit." saya terkejut. Bayangkan kalau rm30 sekali inject, kali 2 kali seminggu kali pulak 8 kali sebulan kali 3 tahun....adehhhh makcik ni boleh pakai koman-koman pun Honda Civic 2.0.

"Makcik tak cuba ubatan kampung ke, herba ke?"

"Makcik tak penah pun, gi hospital je dari mula dulu...", kondifen je makcik tu jawab.

"Ok la makcik, lepas ni makcik jangan membazir duit lagi, jimat-jimat, saya syorkan makcik try ubat herba ni, Herba Tuju Angin, nak tak??" saya bagi tawaran pada dia.

"Ubat ape tu?" tanya makcik balik.

"Ini ubatan herba tanpa kimia keluaran HPA, makcik pernah dengar HPA tak sebelum ni?"

"Pernah la dulu tapi tak pernah cuba pulak, berapa harganya?" makcik tu dah macam terpikat je.

"Tak mahal makcik, ubat injection tu lagi mahal dari yang ni, harganya rm16 je makcik, dalam bentuk kapsul,insyaAllah makcik makan ni dan istiqamah, jangan tinggal,ok tak?"

"Ok nah, esok bagi kat sekolah memandu yang bawak makcik tu, dia kenal makcik..."

Terus je makcik tu bagi duit. Wah gini gayanya kalau semua orang macam makcik tu, kaya cepat aku, angan saya masa tu.



Lepas seminggu, makcik tu datang lagi ke pusat ujian tu. Tapi saya tak kenal. Sebabnya, memang berbeza dari mula jumpa dulu. Berseri wajahnya, stedi je tapi tak tegur saya pulak, dia buat tak kenal, akhirnya saya yang tegur...

"Eh ni makcik yang ambik ujian hari tu ke?"

Dia angguk kepada, sambil senyum.

"Ha, berseri dah muka nampaknya, angin camne, dah kurang ke?" tanya saya dengan rasa kagum atas kuasa Allah.

"Alhamdulillah, ok dah, makcik dah boleh sarapan, makan pun takde masalah, kalau tak dulu payah nak makan, angin pun dah hilang...kalau makcik nak pesan lagi boleh pesan kat adik tak?"

"Eh takpe makcik, makcik boleh cari stokis dan cawangan yang terdekat dengan tempat makcik, senang lagi...sama je lagipun, ni kira saya senang hati la tengok makcik dah ok...syukurla.."

Itu la antara dialog yang memulakan pengembaraan saya lebih jauh bersama HPA, Herba Tuju Angin tu membuat saya yakin, bahawa banyak lagi produk HPA ni, insyaAllah kesannya adalah baik dan memuaskan, cuma umpama kata Tuan Haji Ismail, "Pil utama yang harus kita telan adalah PIL KESABARAN". Benar! Kalau tak sabar, ubat apa pun tak jadi.

Masa tu saya tak tau lagi sinergi ubatan ni. Tau guna je, tapi dah lama-lama hasil penimbaan ilmu di kelas mingguan dan kuliah-kuliah oleh leader-leader HPA, saya akhirnya tau, yang lebih berkesan ialah kalau kita sinergikan ubatan itu, sampai speed nya 13x ganda...

Saya masuk ahli hujung tahun 2006, masuk tu pun yakin tak yakin je...tapi mula tahun 2007 tu la yang saya cuba-cuba..akhirnya cinta saya pada HPA tak dapat digugah lagi, walau pun VEMMA masuk hari-hari pujuk saya ni, bonus, downline yang banyak, tapi apa gunanya kalau syarikatnya dari US, pemiliknya orang kafir jugak. Promosinya banyak yang bukan Islam, dedah aurat sana sini, halal apa tu??? Macam keje 7-eleven, nampak halal la sebab tak merompak, tak mencuri,tak minum arak, tapi dia ada jual arak, sama la.....anak melayu pulak yang tukang jual, hah bagussss.....

Oleh itu, nampaklah HPA ni saja penyelamat ekonomi ummah di Malaysia ni, dan insyaAllah sampai seluruh dunia juga..yakinlah...dan beramallah.

Wednesday, November 11, 2009

Rezeki jangan hanya HALAL, tetapi pastikan BERKAT!!! siri 2

....sambungan

Contoh banyak kita dapat lihat, dalam INBOX emel saya sendiri, hari-hari masuk iklan Vemma dan entah apa lagi bisnes. Semuanya 'dijamin' halal, tapi adakah ianya berkat. Adakah halal itu atas katanama sahaja? atas bibir sahaja? atau hanya dari persepsi anggapan orang itu, ada sijil halal ok boleh teruskan. Sijil tu sape yang keluarkan? Ia adalah satu badan yang dianggotai oleh sekelompok manusia. Ya, manusia. Siapa pula manusia itu? Sudahkah kita selidiki latar belakangnya? Kenalkah kita siapa orangnya? Mazhab mana pulak pegangannya, aqidahnya?
Wah!!! cerewetnya saya. Tapi itulah diri saya. Saya periksa habis-habisan. Bukan apa, taknak nanti bila dah meninggalkan dunia ini, saya meninggalkan sesuatu yang tidak baik, syubhah buat keluarga saya. Bukan itu sahaja, kepada masyarakat umumnya, bila mana saya ajarkan suatu perkara yang bercanggah dengan hukum Allah, saya pulak akan di'maki' oleh masyarakat tambah pulak bila dah takde atas muka bumi ini. Ye la, kita ni orang Islam kena asyik ingat 'MATI'. Mati tu pulak bukan senang. Kena jawab pulak segala soalan dalam kubur. Entah lepas entah tidak. Itu semua atas tanggungjawab kita sendiri. Kalau nak selamat di dunia dan akhirat, buatlah sehabis baik, terbaik dan terdaya. Bukan melepas batuk di tangga.

Kejar duit ni memang tak habis, sampai kiamat tak habis. Peluang pulak datang berbondong-bondong. Bisnes halal, bisnes haram, bisnes syubhah, semua kita kena bijak memilih agar di kemudian hari kita tak sesal tak sudah.



"Alah ko ni, macam la baik sangat, buat je la, dok pilih sangat duit tak masuk-masuk pun, orang lain dah berjaya dah, boleh beli macam-macam diorang nak, semua dapat, yang ko ni, pilih punya pilih last-last peluang melepas camtu je."

Itu la dia. Antara ungkapan 'manis' yang saya dapat. Sebenarnya dia tak tau. Saya dah ada bisnes HPA ni. Memang nampak lambat kaya, sebabnya HPA bukan utamakan kekayaan, tetapi dakwah Islamiyyah atas produk yang digunakan seharian itu yang penting. Kaya tu nombor dua. Rezeki Allah bagi ape kisah. Janji jalan yang kita pilih ni betul. Betul yang macam mana?

Sure ke ko HPA ni betul? Ini soalan yang dulunya menyerang saya habis-habisan dari luar dan dalam, terutama abah saya. Dia cukup melenting kalau cakap pasal MLM. Sebenarnya dia dah masuk macam-macam MLM, dari Amway dulu, Cosway, Rojam, CNI, cuma HPA je dia tak masuk sebab dah putus asa. Tapi kan.....rahmat Allah pada siapa yang Dia kehendaki, akhirnya abah saya jadi pengguna tetap KOPI RADIX. Saya hairan tapi yakin Allah akan bagi hidayah pada siapa yang Dia nak. Berkat usaha 'push' abah dan mama agar menggunakan produk HPA selama 3 tahun, akhirnya berjaya. Mereka tak komplen dah pasal HPA. Baru-baru ni, minggu lepas, saya jumpa mereka di Sentul. Abah nak operate mata, sebab dia nak guna insurans yang dia baru masuk, kira free la tu, hehe...terkejut dan mengejutkan, abah baru je beli Kopi Radix pek jumbo. Wah, dalam hati rasa bangga jugak sebab abah istiqamah dalam menyokong produk HPA ni. Dia kata ok, merokok pun dah leh kurang, tak lame lagi leh la berenti(dia merokok kuat...jadi saya usahakan dia minum jugak Kopi Radix ni supaya rasa benci kan rokok),


alhamdulillah, syukur, kuasa Mu ya Allah, Engkau bagi hidayah pada sesiapa yang Engkau kehendaki, tetapkanlah hidayah-Mu buat hambaMu yang mendambakan cinta-Mu, amin.

Uih, bukan mudah nak menolak pujukan dan rayuan pakar-pakar bisnes hari ni. "Marilah bersama kami untuk memperbaiki taraf kehidupan, menjadikan anda antara jutawan dunia, dapat membeli apa saja yang anda mahu, berjaya sebagai usahawan terkaya, mewah dan ramai downline yang berkualiti. Kami akan membimbing anda hingga berjaya dan mencapai cita-cita yang anda inginkan." "Semua orang nak membebaskan diri dari hutang dan membuat amal jariah, kerana itulah antara fardhu kifayah, mencari yang halal itu fardhu". Wah..manis sungguh ungkapan. Silap-silap gelap mata kita dibuatnya. Kalau tak kuat iman, terus masuk ahli. Halal jugak tu kan. Tapi tahukah mereka ini, fardhu tu sebenar macam mana? Ada yang sebut segala butir hadis dan ayat Al-Quran berdentum dentam, tapi solat tinggal. (Saya pernah menghadiri satu majlis penerangan oleh MLM terkemuka dunia, hormat azan tapi tak solat, majlis terus sampai ke maghrib, semua co-ordinator dan Leadernya orang Islam! hadis semua keluar, tapi itulah.....dunia.).



Kalau nak kata fardhu tu, ye la orang asik kata fardhu je. ok le kita cakap pasal fardhu yang mungkin setengah orang akan rasa tak puas hati. Ya, bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Tapi katakanlah yang benar walaupun pahit! Nak senang kata, fardhu tu adalah lengkap segala segi, zahir dan batin. Zahirnya adalah Halal, suci, bersih. Batinnya, Berkat, diredhai. Faham ke? Ok, contoh, ubat gigi Colgate...ia diakui halal dan bersih. Tapi adakah ia berkat? orang akan kata, berkat la sebab ada cop halal!! Iklan tu kata halal dan bersih. Ubat gigi Fresh n White pun kata suci dan halal. ok itu pendapat ramai orang. Kita terima. Cuma nak tambah kat sini, periksa pada si pembuatnya. Bukan nak kata HPA je yang boleh dipercayai, HPA pun manusia juga yang jalankan bisnesnya, tapi lihatlah dari segi kedua-duanya, zahir dan batin.
Kalau kata syarikat yang buat Colgate tu macam HPA jugak, so apa salahnya? tapi soalnya di sini kita nak sedarkan orang Islam yang buat ubat gigi Colgate tu adalah syarikat bukan Islam! Bila bukan Islam, adakah ia mengambil kira semua yang telah saya nyatakan di atas tadi? Fikir-fikirkanlah.....

Sebagai penutup tulisan hari ini, bersama-samalah kita menyemak kembali bisnes yang telah kita jalankan, sama ada MLM, prepaid, pelaburan, FOREX dan lain-lain lagi, tak kiralah apa pun, pastikan ia HALAL, BERKAT, hasil dari buatan tangan orang Islam yang cukup rukun Islam dan rukun Imannya, (rukun Islam tu ada yang dah cukup ada yang belum cukup macam naik Haji, itu takpe sebab Haji ni pada yang mampu dan cukup syarat, janji 4 perkara yang lain tu cukup, dan iman pun cukup, tak kurang dari 6 perkara tu, wajib!!), termasuk lah zakat. HPA ada zakat, itulah antara kelebihan nya selain 11 orang panel syariah yang bertauliahnya dan pastikan hala tuju syarikat itu untuk apa dan ke mana halanya, keuntungan macam mana dibahagikan, riba pastikan zero terus,adil dan saksama. Kalau ada yang lain lagi, terpulang pada pendapat masing-masing.




Itulah, kita mesti fikirkan mati, kerana mengingati mati itu adalah perkara paling bijak buat manusia kalau dia mengerti.

Wassalam.

Tuesday, November 10, 2009

Rezeki jangan hanya HALAL, tetapi pastikan BERKAT!!!

Salam buat semua umat Islam seantero nusantara.

Kini kita diambang mengejar kekayaan. Betul tak apa yang saya katakan?
Kenapa saya kata begitu, sebab ada musababnya. Kaya...semua orang nak jadi kaya sekarang, termasuklah saya sendiri, tengah fikir macam mana nak dapat duit banyak, jadi milionaire, jutawan macam ramai orang. "Fuh, kalau lah duit banyak, jadi jutawan, aku nak pegi Mekah, buat umrah, tunai haji, setel hutang, tanggung adik-adik yang masih study, bagi mak abah duit, hantar mereka pegi Mekah jugak, bla bla bla......". Saya pasti itulah antara cita-cita kita semua. Malah ada lagi yang nak beli rumah, tak cukup satu rumah, nak beli lagi sepuluh...hah bukan mustahil tu, kereta beraneka jenis kat rumah, tak cukup lagi....mau lagi dan lagi dan lagiii...

Itulah bila dah kaya. Itu kalau dah kaya, kalau belum kaya, usaha bagi kaya, buat macam-macam projek, bisnes dan usahaniaga, tak kira haram ke halal...hah?? alamak kalau dah sampai tahap hentam sajalah asal kaya ni berbahaya tuan-tuan dan puan-puan. Dah jadi macam haiwan, hentam tak kira asalkan perut kenyang!!!

Adakah kita dalam keadaan begitu? Kalau tak, alhamdulillah, Allah selamatkan kita. Tapi kalau YA!, baik kita muhasabah balik sebelum bertemu Allah nanti. Sebab apa, memanglah Allah bagi kekayaan tu milik kita, walau dari rezeki yang haram, sebab dunia ni tempat korek segala harta benda, ada yang elok ada yang busuk. Tapi kena fikir jugak, bila dah mati nanti, macam mana? Apa nak jawab dalam kubur? apa nak jawab depan Allah? Kalau tak boleh jawab, tuan-tuan dan puan-puan sendiri mau ingat la...



Api neraka...ya api neraka tu panasnya macam mana? Ia akan membakar empunya diri yang makan hasil haram. Daging yang haram adalah menjadi bahan bakar dalam Neraka. Panasnya tu...cuba rasa api lilin, atau api bakar lemang, berapa orang tahan duduk dekat api tu? Rasanya ramai lari jauh, sebab bahang yang 1/70 tu je....ape 1/70 tu?

1 = api dunia
70 = api Neraka

70 kali ganda tu!!!!

Itu sebabnya, kalau takut kena bakar, kita periksa hasil rezeki kita dari mana. Halal ke haram ke atau syubhah (ragu-ragu) statusnya. Dalam Islam, diterima hanya halalnya. Haram dan syubhah di'reject'. Syubhah tu benda yang kita tak tau dari sumber mana. Babi ke anjing ke, najis ke...tu kite kena tolak. Ambil yang halal je, senang, jiwa pun tenang.



Berbalik kepada mengejar kekayaan tadi, oleh itu pastikan lah bisnes kite tu halal dan Berkat. Jangan tengok halalnya saja, sebab boleh jadi halal tu hanya di zahiriah saje, di cop saja, di label saja, tapi hakikatnya tidak!!

....bersambung