....sambungan
Contoh banyak kita dapat lihat, dalam INBOX emel saya sendiri, hari-hari masuk iklan Vemma dan entah apa lagi bisnes. Semuanya 'dijamin' halal, tapi adakah ianya berkat. Adakah halal itu atas katanama sahaja? atas bibir sahaja? atau hanya dari persepsi anggapan orang itu, ada sijil halal ok boleh teruskan. Sijil tu sape yang keluarkan? Ia adalah satu badan yang dianggotai oleh sekelompok manusia. Ya, manusia. Siapa pula manusia itu? Sudahkah kita selidiki latar belakangnya? Kenalkah kita siapa orangnya? Mazhab mana pulak pegangannya, aqidahnya?
Wah!!! cerewetnya saya. Tapi itulah diri saya. Saya periksa habis-habisan. Bukan apa, taknak nanti bila dah meninggalkan dunia ini, saya meninggalkan sesuatu yang tidak baik, syubhah buat keluarga saya. Bukan itu sahaja, kepada masyarakat umumnya, bila mana saya ajarkan suatu perkara yang bercanggah dengan hukum Allah, saya pulak akan di'maki' oleh masyarakat tambah pulak bila dah takde atas muka bumi ini. Ye la, kita ni orang Islam kena asyik ingat 'MATI'. Mati tu pulak bukan senang. Kena jawab pulak segala soalan dalam kubur. Entah lepas entah tidak. Itu semua atas tanggungjawab kita sendiri. Kalau nak selamat di dunia dan akhirat, buatlah sehabis baik, terbaik dan terdaya. Bukan melepas batuk di tangga.
Kejar duit ni memang tak habis, sampai kiamat tak habis. Peluang pulak datang berbondong-bondong. Bisnes halal, bisnes haram, bisnes syubhah, semua kita kena bijak memilih agar di kemudian hari kita tak sesal tak sudah.
"Alah ko ni, macam la baik sangat, buat je la, dok pilih sangat duit tak masuk-masuk pun, orang lain dah berjaya dah, boleh beli macam-macam diorang nak, semua dapat, yang ko ni, pilih punya pilih last-last peluang melepas camtu je."
Itu la dia. Antara ungkapan 'manis' yang saya dapat. Sebenarnya dia tak tau. Saya dah ada bisnes HPA ni. Memang nampak lambat kaya, sebabnya HPA bukan utamakan kekayaan, tetapi dakwah Islamiyyah atas produk yang digunakan seharian itu yang penting. Kaya tu nombor dua. Rezeki Allah bagi ape kisah. Janji jalan yang kita pilih ni betul. Betul yang macam mana?
Sure ke ko HPA ni betul? Ini soalan yang dulunya menyerang saya habis-habisan dari luar dan dalam, terutama abah saya. Dia cukup melenting kalau cakap pasal MLM. Sebenarnya dia dah masuk macam-macam MLM, dari Amway dulu, Cosway, Rojam, CNI, cuma HPA je dia tak masuk sebab dah putus asa. Tapi kan.....rahmat Allah pada siapa yang Dia kehendaki, akhirnya abah saya jadi pengguna tetap KOPI RADIX. Saya hairan tapi yakin Allah akan bagi hidayah pada siapa yang Dia nak. Berkat usaha 'push' abah dan mama agar menggunakan produk HPA selama 3 tahun, akhirnya berjaya. Mereka tak komplen dah pasal HPA. Baru-baru ni, minggu lepas, saya jumpa mereka di Sentul. Abah nak operate mata, sebab dia nak guna insurans yang dia baru masuk, kira free la tu, hehe...terkejut dan mengejutkan, abah baru je beli Kopi Radix pek jumbo. Wah, dalam hati rasa bangga jugak sebab abah istiqamah dalam menyokong produk HPA ni. Dia kata ok, merokok pun dah leh kurang, tak lame lagi leh la berenti(dia merokok kuat...jadi saya usahakan dia minum jugak Kopi Radix ni supaya rasa benci kan rokok),
alhamdulillah, syukur, kuasa Mu ya Allah, Engkau bagi hidayah pada sesiapa yang Engkau kehendaki, tetapkanlah hidayah-Mu buat hambaMu yang mendambakan cinta-Mu, amin.
Uih, bukan mudah nak menolak pujukan dan rayuan pakar-pakar bisnes hari ni. "Marilah bersama kami untuk memperbaiki taraf kehidupan, menjadikan anda antara jutawan dunia, dapat membeli apa saja yang anda mahu, berjaya sebagai usahawan terkaya, mewah dan ramai downline yang berkualiti. Kami akan membimbing anda hingga berjaya dan mencapai cita-cita yang anda inginkan." "Semua orang nak membebaskan diri dari hutang dan membuat amal jariah, kerana itulah antara fardhu kifayah, mencari yang halal itu fardhu". Wah..manis sungguh ungkapan. Silap-silap gelap mata kita dibuatnya. Kalau tak kuat iman, terus masuk ahli. Halal jugak tu kan. Tapi tahukah mereka ini, fardhu tu sebenar macam mana? Ada yang sebut segala butir hadis dan ayat Al-Quran berdentum dentam, tapi solat tinggal. (Saya pernah menghadiri satu majlis penerangan oleh MLM terkemuka dunia, hormat azan tapi tak solat, majlis terus sampai ke maghrib, semua co-ordinator dan Leadernya orang Islam! hadis semua keluar, tapi itulah.....dunia.).
Kalau nak kata fardhu tu, ye la orang asik kata fardhu je. ok le kita cakap pasal fardhu yang mungkin setengah orang akan rasa tak puas hati. Ya, bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Tapi katakanlah yang benar walaupun pahit! Nak senang kata, fardhu tu adalah lengkap segala segi, zahir dan batin. Zahirnya adalah Halal, suci, bersih. Batinnya, Berkat, diredhai. Faham ke? Ok, contoh, ubat gigi Colgate...ia diakui halal dan bersih. Tapi adakah ia berkat? orang akan kata, berkat la sebab ada cop halal!! Iklan tu kata halal dan bersih. Ubat gigi Fresh n White pun kata suci dan halal. ok itu pendapat ramai orang. Kita terima. Cuma nak tambah kat sini, periksa pada si pembuatnya. Bukan nak kata HPA je yang boleh dipercayai, HPA pun manusia juga yang jalankan bisnesnya, tapi lihatlah dari segi kedua-duanya, zahir dan batin.
Kalau kata syarikat yang buat Colgate tu macam HPA jugak, so apa salahnya? tapi soalnya di sini kita nak sedarkan orang Islam yang buat ubat gigi Colgate tu adalah syarikat bukan Islam! Bila bukan Islam, adakah ia mengambil kira semua yang telah saya nyatakan di atas tadi? Fikir-fikirkanlah.....
Sebagai penutup tulisan hari ini, bersama-samalah kita menyemak kembali bisnes yang telah kita jalankan, sama ada MLM, prepaid, pelaburan, FOREX dan lain-lain lagi, tak kiralah apa pun, pastikan ia HALAL, BERKAT, hasil dari buatan tangan orang Islam yang cukup rukun Islam dan rukun Imannya, (rukun Islam tu ada yang dah cukup ada yang belum cukup macam naik Haji, itu takpe sebab Haji ni pada yang mampu dan cukup syarat, janji 4 perkara yang lain tu cukup, dan iman pun cukup, tak kurang dari 6 perkara tu, wajib!!), termasuk lah zakat. HPA ada zakat, itulah antara kelebihan nya selain 11 orang panel syariah yang bertauliahnya dan pastikan hala tuju syarikat itu untuk apa dan ke mana halanya, keuntungan macam mana dibahagikan, riba pastikan zero terus,adil dan saksama. Kalau ada yang lain lagi, terpulang pada pendapat masing-masing.
Itulah, kita mesti fikirkan mati, kerana mengingati mati itu adalah perkara paling bijak buat manusia kalau dia mengerti.
Wassalam.
Tembikai
11 years ago
No comments:
Post a Comment