Thursday, November 19, 2009

Menaja secara percuma?



Kenapa Perlu Menaja? Inilah kaedah perkembangan jaringan MLM,bisnes Multi level yang menekan kepentingan rakan kongsi,rakan niaga dikalangan usahawan.

Mereka yang Berjaya,memiliki keahlian yang ramai manakala yang gagal biasanya menjadi ahli sekadar menguna atau kekadar cuba-cuba sahaja. Dalam perniagaan MLM ,mereka yang Berjaya adalah dikalangan yang bertuah berbanding mereka yang gagal. Ada juga ahli walaupun tidak seaktif mengembang jaringan tempias nya dari “ UPLINE/DOWNLINE” dapat juga merasai kelebihan MLM.

Belian setakat mencukupkan syarat sudah memadai menerima bonus empat angka, ini kerana keprihatinan,ehsan “UPLINE” yang berusaha membantu anak buahnya mencari ahli ,rakan niaga bagi memperkukuhkan jualan seterusnya memangkin anak buahnya menerima bonus yang tinggi seterusnya menaikkan pangkat “ UPLINE”.

Tidak hairanlah ada dikalangan ahli yang tidak mengenali rakan jaringannya ,sedangkan jaringannya ada yang bergelar pengarah dan berjaya menerima pendapatan beribu-ribu ringgit.
Inilah kelebihan perniagaan MLM,siapa sangka pada pemulaan ahli biasa tetapi setelah bertahun sudah berpangkat.



Siapa sangka dalam mengembangkan jaringan ada yang mengeluarkan modal yang besar, membeli kit niaga percuma ditawarkan kepada ahli yang masuk jaringannya. Besar pengorbanan tetapi dengan harapan orang yang ditaja akan aktif seperti diharapkan. Memang ada yang untung tetapi kalau orang yang ditaja tidak faham konsep MLM, meraka merasakan bertuah dapat ahli “ Free “ nak buat ke tak buat ke, sudah dikira untung yang rugi penaja itu sendiri terpaksa menanggung RM30.00 setiap ahli yang hendak ditaja.

Penulis pernah berjumpa dengan ahli sedemikian, baik penaja ataupun yang ditaja, yang ditaja ada mengatakan kekasalan ( Tak balik Modal/ tak menjadi ),yang ditaja berbangga sebab tak mengeluarkan modal sesenpun ( Tak Rugi ) untuk menjadi ahli HPA. Bila ditanya kenapa tak aktif, jawabnya “ Buat apa aku nak aktif,aku sendiripun tak faham HPA benda apa, suruh jadi ahli aku jadi ahli bukan kena duit,” jadi itulah kisahnya yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Bayangkanlah itu pengorbanan sebanyak RM30.00 X 10orang = RM300.00 kalau 100orang RM3000.00 kalau 1000orang RM30,000.00 kalau menjadi ianya menguntungkan tetapi sebaliknya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Terpulanglah kepada individu itu sendiri bagaimana cara hendak menaja,jangan terlalu gairah Tanpa memikirkan kesannya. Berbudilah kepada yang sudi,bersedekah pada yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment