Sunday, November 22, 2009

Apa tandanya....

Apa tandanya bila makanan kita dari sumber yang haram dan syubhah?

Tandanya ialah :

1) Hati kita menjadi redha dengan maksiat di sekeliling tanpa sedikitpun rasa benci dan rasa ingin mencegahnya.

2) Kita suka kepada benda-benda 'lagha', yakni sia-sia, umpamanya, mengumpat, memfitnah, dengki-khianat, tamak haloba, riyak, ujub (rasa diri tu bagus dari orang lain), suka mendengar muzik yang melalaikan dan terkeluar dari unsur Islamiyyah (rasa jiwa tenang mendengar lagu-lagu cinta yang menaikkan syahwat, tenang apabila mendengar lagu heavy metal, death metal, black metal dan seangkatan dengannya)

3) Kita rasa benci kepada tazkirah dan sebarang bentuk keagamaan seperti ceramah, nasyid, kuliah dan seangkatan dengannya.

4) Kita rasa menyampah kepada ulama tetapi amat cintakan artis-artis termasuklah dari negara barat.

5) Kita asyik teringat kepada tempat-tempat hiburan dan kelab malam dan suka duduk dalam kelompok mereka daripada teringatkan masjid dan surau.

6) Suka makan makanan yang tidak jelas hukumnya, buatan orang kafir terutamanya.

7) Suka kepada benda-benda lucah, dan perbuatan tidak senonoh umpama merempit, dadah, mencarut dan berkata kurang sopan.

8) Melawan kata orang-orang tua. Tiada rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Derhaka kepada ibu bapa.

9) Suka kepada fesyen-fesyen barat, tidak menutup aurat dan pakaian yang menjolok mata tidak melambang pekerti mulia.

10) Suka kepada zina, minum arak, pergaulan bebas tanpa batasan, suka berkhalwat dan sebagainya.


Di atas adalah antara contoh mereka yang telah rosak pemikiran dan rohani, cepat-cepatlah bertaubat dan insafi segala perbuatan sekiranya kita merasa telah menyimpang jauh dari batas-batas Islam. Setiap kita ada dosa masing-masing, Allah amat suka kepada mereka yang memohon ampun kepadaNya dan suka memperbaiki diri.

No comments:

Post a Comment