Wednesday, March 25, 2009

Air dan kepentingan dalam perubatan herba.

Herba seringkali dikaitkan dengan produk kesihatan panas. Makan herba mesti berpeluh, panasssss....!! Kenapa?

Sebab kurang air dalam badan. Kebaikan herba salah satunya tanpa kita sedari ialah ia dapat mengesan kekurangan air dalam badan. Kadang kala kita sendiri rasa panas dan kurang berkesan ubatan herba ni. Sebab herba harus diambil dengan air yang banyak. Kalau kurang air, herba tak jalan, darah pun jadi slow pengalirannya, jantung bertambah cepat mengepam darah kerana kurang oksigen yang dapat diperolehi dari air. Air mestilah air kosong (mineral), jangan ambil air teh pulak ye...









Bila air cukup dalam badan, proses pemulihan sel-sel tubuh dapat berjalan dengan lancar. Kadang-kadang tengok kulit kita, ada yang mengelupas, kering, tak bermaya, kecut, merekah sana sini, itu semua tandanya kurang air.

Sukatan air bagi wanita dan lelaki berbeza. Wanita yang kurang menggunakan tenaga dan selalu duduk di rumah saja hanya memerlukan 1.5L air mineral, berbanding lelaki yang bekerja berat sekurang-kurangnya 3 L air mineral sehari. (sukatan pada botol mineral merah HPA) Paling bagus, amalkan air sungai Gau, botol minera l merah HPA. Kandungan khasiatnya tinggi. Amalkan istiqamah, insyaAllah...

Kopi Radix terutamanya, orang kata panas lepas minum. Jangan salahkan kopi, tetapi badan kita kurang air sebenarnya. Cuba minum secawan kopi radix dengan segelas air mineral. InsyaAllah takkan rasa panas lagi.






Kalau kita ke kedai makan. sebagai pengedar, kita nasihatkan tuan punya kedai tu, kalau ada orang pesan radix, bagi free secawan air mineral, sedekah kerana Allah, pasti esok pelanggan tu datang lagi dan mintak, "Mai dua cawan...", bukan secawan lagi....hehe...murah rezeki tu sebab sedekah air kosong.

Bagusnya SPIRULINA

Semalam di kelas mingguan HPA Sik, PJS (lupa namanya) dari Yan bercerita tentang Spirulina. Ini rasanya baru ana dengar dengan 'detail' tentang kebaikan Spirulina kerana selama ini baca kat majalah saja. Rugikan? Itulah kena kerap ke kelas mingguan, inilah faedahnya!

Maka dari situ, diceritakan tentang spirulina ni bagus untuk semua peringkat dari bayi hingga ke warga emas. Spirulina ini mempunyai 65% protein berbanding dengan air kacang soya yang hanya ada 35% sahaja. Jadi, kalau orang kata minum air soya banyak-banyak untuk dapat protein lebih kira kita boleh abaikan ler...hehe. Sebabnya kita dah ada produk Spirulina.





Ada 4 Produk yang berasaskan Spirulina iaitu :

1) Spirumadu



2) Evergreen Centella





3) Kapsul Spirulina





4) D Det





Untuk warga emas, kita syorkan mereka dengan Spirumadu. Kerana sinergi antara Spirulina dan Madu dapat memberi tenaga yang lebih dan juga mengelakkan daripada penyakit-penyakit kronik di peringkat umur yang lanjut. InsyaAllah janji mau istiqamah...jalan mengeluh nak cepat sembuh, sebab Kota Rom tidak dibina dalam sehari! (kata mudah nak faham....)


Ni diagram tentang Spirulina.























































Untuk binatang juga ada kebaikannya :




























Banyak lagi kebaikannya...memang tak cukup sehari nak tulis...tapi rasa memadailah dulu buat masa ni. Kalau nak tau lagi tentang kebaikan Spirulina, rajin-rajinlah buat research! PJS tu kata juga, tak payahle nak minum Vitagen, sebab bakteria baik yakni Loctabasillus yang ada dalam tu pun ada juga dalam Spirulina. Jadi, baik kita amalkan Spirulina, lagi bagus produk Spirulina keluaran HPA! InsyaAllah....

Tuesday, March 24, 2009

Makanan harian yang beracun kita ambil tanpa sedar!

Artikel ana petik daripada Bincang.net yang agak menyeramkan....


Bacalah.


Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang kita makan setiap hari adalah diimport dari negara Thai. Setelahditangkap oleh perusahan para nelayan di sana, ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena dan ditimbus dengan ketulan-ketulan airbatu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.


Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... dan masa itu...Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia dan Singapura dengan keadaan lesu dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.


Tahu kah anda semua.. teknik baru yang digunakan itu?Sebelum dieksport.. semua ikan-ikan direndam dulu di dalam airyang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adalahbertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama dan kelihatan masih "fresh", keras dan segar bilasampai ke distinasinya.


Tahu kah anda semua... apa itu kimia bernama FOMILIN?


FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayatsupaya ianya boleh bertahan lama... bahasa omputih "embalm".Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kima ini. Sekarang.. tanpa disedari... ikan-ikan yang kita makan hari-harimengandungi kimia itu.


...........................................................................................


Na'uzubillah. Gerun ana membacanya, dari ayam, daging, sampai ke ikan...teknologi moden memang kadangkala mendatangkan mudarat, walau niatnya bagus tapi caranya tak kena...
Patutlah ana perasan banyak gerai jual ikan ni lalat tak berapa minat nak hinggap, ana tak terfikir pulak mungkin disebabkan Formilin @ Formalin ni. ayarkkk.....


Jadi berhati-hatilah...


Kalau terasa dah banyak keracunan kita makan, marilah kita amalkan Set Lengkap HPA khusus untuk membuang toksid dalam badan insyaAllah.




1) D Det

2) D Deu

3) D Karm

4) Mega 3

5) Madu

6) Kopi Radix

7) Paramaria Plus (Wanita) Tuju Angin (Lelaki)

Jom amal ubatan herba Islami!

Monday, March 23, 2009

Kenapa harus takutkan ubatan herba?

Satu penyakit yang masih mengakari minda umat Islam khususnya Melayu kita adalah takutkan ubatan herba! Ini satu virus yang harus kita sebagai pengamal ubatan HPA ambil serius. Persoalannya adalah mengapa terlalu takutkan ubat-ubat tradisional malah sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit membeli ubat di Farmasi dan Hospital. Ana tidaklah mengatakan ubat moden ni tak boleh digunakan, tetapi kadangkala orang Melayu kita lebih taksub kepada ubat doktor. Apa doktor kata diikut tanpa bantahan, makanlah ubat itu sampai meninggal. Perlu diingatkan doktor juga manusia biasa, dia hanya memberikan ubat-ubatan yang dia rasa sesuai, namun tak pasti. Malah ada juga doktor yang mengamalkan ubatan herba. Walaupun dia menjual ubatan moden dan merawat pesakit, tetapi di sebalik itu, dia sendiri beramal dengan ubatan herba terutamanya HPA.

Satu contoh, Klinik Dr Azhar yang terkenal, di cawangan Baling telah menampal sticker HPA di depan pintu kliniknya. Bukankah itu satu kebanggaan buat kita warga HPA? Ana tengok takde pulak stiker MLM yang lain. Dalam hati ana kata juga, "Alhamdulillah, klinik top macam ni pun percaya juga kepada HPA". Nah, kalau doktor pun percaya, takkan orang biasa tak percaya kepada HPA kot?...huhu

Kalau pergi ke hospital-hospital, ramainya warga emas yang datang ambil ubat. Berbungkus-bungkuslah ubat yang mereka bawa balik. Ana kesian kepada mereka, kenapa sampai begitu anak-anak biarkan orang tua mereka menderita? Apa salah cuba perubatan herba, yang memang lebih sesuai dengan tubuh badan kita berbanding ubatan kimia.

"Takut panas badan", "takut tak sesuai", "takut cirit-birit", "lepas makan jadi lagi teruk le", itulah antara alasan yang ana terima daripada segelintir orang Melayu apabila ana suruh cuba ubatan HPA. Teruk sangat ke herba?

Apapun, bagi ana ia terserah kepada pemikiran kita. Negatif bagi kita, negatif la ubat itu, kalau kita mahu mencuba dan berfikiran positif, insyaAllah pasti sembuh...bukan badan kita yang tidak mahu terima, tetapi minda kita telah di 'set'kan demikian.

Umpama menakutkan kanak-kanak untuk berjumpa doktor gigi. "Jaga-jaga, nanti doktor cabut gigi tu", "Nanti mama suruh doktor cabut gigi kamu", pastinya anak tu kecut perut sebab awal-awal lagi kita dah takutkan dia. Macam itu juga kalau kita takutkan orang dengan ubatan herba...pastinya orang "lari" dari ubatan herba kita.

Tapi inilah ujian buat kita para usahawan HPA, kita harus juga memecahkan tembok yang menjadi batu penghalang kepada orang Melayu dari terus mengenali dan mengamalkan ubatan herba. Mari kita pecahkan tembok itu sekarang. Allahuakbar!!!

Saturday, March 14, 2009

Anak Radix.....

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Anak lelakiku yang baru masuk 5 bulan dah tunjuk kemahuan untuk berdiri dan berjalan. Aku bersyukur kerana anugerah Allah ini. Bagi ibubapa, inilah antara saat bahagia melihat anak sendiri menunjukkan sikap mahu maju ke depan. Hasil pengamatan dan pengalaman aku terhadap kemajuan anakku ini, ada hubung kaitnya dengan usaha aku dan isteriku sejak beliau mengandung, kami mengamalkan Kopi Radix dan EQ Minda. Alhamdulillah, hasil usaha menunjukkan peningkatan minda dan fizikal anak. Allah jua yang menentukan....namun jika ditakdirkan tidak berhasil pun, kita sebagai manusia yang mengaku beriman kepada-Nya, jangan berputus asa...selagi ada nyawa dikandung badan, teruskan usaha ke arah mencapai redha-Nya.

Kini, aku akan terus memberikan yang terbaik buat keluargaku...produk halalan toyyiba.
Allahuakbar! Majulah HPA....