Kisah ni rasanya ramai yang pernah melaluinya, tentang kisah downline yang mengejar habuan dunia semata-mata. Bukan nak pertikai hak masing-masing, orang mesti kata buat apa nak sibuk-sibuk pasal hak orang nak memilih, itu jalan yang dia pilih biarlah.
Ya, mungkin itu yang orang kebanyakan fikirkan. Namun bagi saya sebagai pejuang sejati kita tidak harus menoleh ke belakang, walaupun yang ditawarkan oleh musuh itu ganjaran yang besar. Tambahan pula musuh kita itu puak kuffar. Ya, saya tak marah kalau yang dipilih itu adalah jalan benar dengan memilih perjuangan orang Islam juga, tetapi yang saya amat kesali adalah pandangan mata dan hati lebih menyasar kepada perjuangan kuffar, sesat lagi menyesatkan.
Tak semua orang faham...kerana perjuangan Islam ini tidak akan dirasai oleh hati yang terhijab dengan dunia, jadi hitam legam, busuk menyusuk kalbu, fatamorgana merasuk akal fikiran dan pandangan mata, telah datang kebenaran, namun yang sesat dan palsu jua dipilih.
Saya sedih sebab ada di kalangan downline yang berpaling tadah dalam perjuangan hanya kerana menantu jadi kaya sebab buat MLM dari US nih. Call tak berjawab, sms tak berbalas, saya jadi tertanya-tanya. Sebelum itu dia telah berhasrat nak buka stokis HPA di kawasannya, dan saya pun sanggup membantu dari segenap sudut sehinggalah saat itu, dia senyap. Hampir 2 bulan akhirnya terserampak di kedai makan bersama suaminya. Macam biasa, bersembang bukan main rancak, akhirnya dia sendiri mengaku dia sedang aktif dalam MLM produk USA. Menyirap juga saya, sebabnya kalaupun nak masuk MLM lain, kenapa yang kuffar juga yang dipilih. Suami seorang imam surau, isteri 'hajah' lagi, tapi sayang...buta mata hati.
Alasannya, dia teruja tengok menantu dia dah pakai 3 bijik kereta mewah dalam masa singkat saja melalui MLM kuffar nih. Tu la dia yang saya malas nak bertengkar...segala maklumat dan ilmu dia dah dapat dalam HPA ni, tapi tetap jugak nak pilih yang kuffar...tawakkal tu alallah je.....
Tapi saya doakan agar dia mendapat hidayah agar kembali ke dalam perjuangan Islam ini, kerana dia amat berpengaruh, dan boleh mempengaruhi...takut dia pengaruh ke arah yang tak betul, saya takkan biarkan...
Tembikai
11 years ago
No comments:
Post a Comment