Wednesday, January 13, 2010

Bercerita tentang peduli..rentetan daripada artikel CRC RADIX


Ya, peduli. Siapa peduli? Siapa peduli siapa? Untuk apa peduli? Lantak la...

Sebut pasal peduli, terdetik dalam fikiran saya bahawa berapa ramai yang peduli? Peduli ni maksudnya ambil tahu, ambil berat, ambil tahu tepi kain orang, berperikemanusiaan dan banyak lagi maksud yang seumpamanya.

Ramai orang Islam dalam doanya minta Allah peduli akan dia, beri dia macam-macam, mintak itu ini, minta Allah makbulkan permintaannya. Tu dia nak Allah peduli pada dia. Tetapi, ada dia pernah peduli orang lain? Pernahkah dia rasa kasihan, nak bantu dan beri bantuan kepada orang-orang susah? Tak kisah la penduduk Palestin atau dari tempat lain yang seagama dengan dia, ada dia peduli? Atau sekadar tengok je iklan dan poster "Bantulah Rakyat Miskin", 'Bantulah Rakyat Palestin" dan lain-lain lagi.

Sebab kurang sifat peduli ni lah yang buat orang Islam yang tertindas makin ditindas. Dah tu, sekadar tengok je tapi tak hebahkan pada kawan-kawan pulak lagi teruk. Sekadar angin lalu, hati tak terdetik kasihan belas pun, ini hati Syaitan. Hati syaitan suka tengok orang menderita dan amat susah hati melihat orang berjaya, mula lah nak buat dengki khianat.

Oleh itu, kalau kita nak Allah pedulikan kita, kita kena la peduli, kerana-Nya jua.

No comments:

Post a Comment