- para ulama berpandangan adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah/premis baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat tempoh kosong yang dimaksudkan ialah lebih daripada 40 hari dan ada pula yang berpandangan lebih daripada 15 hari.
- dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH
- sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
- dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran”(hadis riwayat Al-Baihaqi).
4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
- amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali (tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).
5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
- perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
- bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:
i) ambil air secawan
· baca surah Al-Fatihah
· baca ayat Kursi
· baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)
ii) tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
iii) kemudian jirus ke setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.
Tips ni saya kongsi dengan semua, sebab saya sendiri akan pindah ke rumah baru, insyaAllah, amalan ini yang akan saya amalkan. Untuk keberkatan.
No comments:
Post a Comment