Kementerian Wakaf dan Agama pemerintahan Hamas Palestin di jalur Gaza memperingatkan bahawa ada kelompok-kelompok ekstrimis Freemasonry yang beroperasi secara rahsia di Amerika, memberikan tekanan yang kuat untuk mempercepatkan penghancuran Masjid Al-Aqsha.
Peringatan ini datang setelah bocornya rencana rahsia kelompok-kelompok masonik Amerika yang ingin menghancurkan dan membongkar masjid Al-Aqsha secara maksimum - dari apa yang mereka sebut sebagai rahsia dari "Segel Sulaiman."
Dalam sebuah pernyataan yang diterima IOL, pada hari Selasa (12/1) Menteri Wakaf di Gaza, Dr Talib Abu Sha'ar mengatakan: "Kelompok-kelompok Masonik ini telah melakukan penetrasi ke Amerika melalui orang Amerika sendiri, dan hal itu menunjukkan ritual agama mereka."
Freemasonry mendefinisikan dirinya sebagai gerakan spiritual yang memerlukan "kemajuan manusia", tapi gerakan ini telah banyak mendapat kritikan di banyak negara; sebagai akibat dari kerahsiaan kegiatan mereka, mereka dituduh sebagai gerakan terbesar yang berjuang untuk pemikiran agama yang sekular, untuk alasan tersebut gerakan ini telah dilarang di dunia Islam dan Universiti Islam Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa haram keberadaannya di Mesir.
Mengutip akhbar Washington Post baru-baru ini - menginformasikan bahawa sumber-sumber AS mengatakan bahawa kelompok-kelompok ekstremis Yahudi Freemasonry, yang beroperasi secara rahsia di Amerika Syarikat, telah memberikan tekanan yang kuat untuk mempercepat penghancuran Masjid Al Aqsa.
Menteri Wakaf menyatakan bahawa kelompok-kelompok ekstremis Freemasonry telah menyatakan lebih dari sekali melalui berbagai media bahwa masjid Al-Aqsha akan dihancurkan segera, dan ia menyerukan kepada seluruh bangsa Arab dan umat Islam serta pemerintah negara-negara Islam di dunia untuk peduli terhadap masalah ini.(fq/iol)
Fakta :
Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia De Faui Sazelic sejak tahun 1897 - 1905 adalah seperti berikut : -
1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur.
3) Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka menurut hawa nafsu.
4) Melenyapkan persatuan muslim.
5) Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya.
6) Melemahkan bangsa Arab.
7) Mendirikan negara-negara diktator di negara-negara Islam.
8) Pisahkan muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan bangsa-bangsa barat.
9) Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya serta menghinakan para ulama-ulama Islam.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
11) Menubuhkan seberapa banyak sekolah di merata-rata negara Islam dengan dipimpin oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan Yahudi.
12) Menghantar sebanyak mungkin pengembang-pengembang agama Kristian ke seluruh dunia Islam.
13) Membuka pintu seluas-luasnya kepada belia-belia Islam yang menyambung pelajaran ke negara-negara Kristian supaya dapat menguasai kebudayaan Kristian dan mereka kosong dengan prinsip-prinsip secara Islam.
14) Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka daripada penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang tulen.
15) Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah.
16) Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik.
17) Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan mungkin kekayaan di negara-negara Islam.
18) Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam.
19) Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam.
20) Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan.
21) Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam.
Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dn perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas.
Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam.
Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ?
Sumber : Majalah Islam Al-Fununiah
No comments:
Post a Comment