Friday, February 12, 2010

Pendukung PAS perlu berani jual produk Islam - Dr Lo' Lo'

Pendukung PAS termasuk Muslimat diingat supaya berani menjual produk Islam kepada masyarakat luar jika mahu mengekalkan kemenangan PAS terutama negeri Selangor.

Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Dato' Mohd Ghazali berkata, jika Muslimat boleh ghairah dan tidak malu menemui pelbagai lapisan masyarakat untuk menjual produk jualan langsung mengapa dalam kerja memperkenalkan Islam kepada masyarakat harus lesu dan takut?



Itulah antara petikan dari artikel Harakah Edisi Isnin 23-26 Safar 1431H yang terbaru. Ini memberikan idea kepada saya bahawa pendukung PAS yang begitu bersemangat membara berjuang menegakkan Islam tercinta ini harus berani mempromosi produk Islam sendiri. Bukannya menjual produk bukan Islam dan produk Yahudi laknatullah. Saya tahu ramai pejuang PAS telah membuka kedai-kedai runcit, mengikut sunnah Nabi S.A.W. bahawa berniaga itu 9/10 dari keberkatan rezeki. Ya, itu memang benar dan saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berani. Bukan senang berniaga. Banyak cabaran dan dugaan tidak seperti makan gaji yang cukup bulan, boleh dapat duit. Memang dijamin begitu. Tetapi berniaga siapa yang jamin? Hanyalah Allah yang boleh menjamin.

Tapi harus diingat, adalah lebih baiknya 90% barangan di kedai runcit kita itu adalah barangan Muslim, jika tidak boleh semua, jangan tinggal semua. Ini saya perhatikan sebagai contoh di kampung saya, yang 100% orang PAS (dipanggil kampung Islam), ada yang masih tak mahu ambil tahu hal-hal halal haram dan produk yang mereka jual dan beli. Dari mana pemikiran mereka perolehi bahawa perjuangan Islam ini tidak bersangkut paut sama sekali dengan halal haram? Sekiranya produk itu buatan bukan Islam, kita harus berhati-hati kerana mereka ini tidak tahu hukum. Malunya jika orang PAS menggunakan produk bukan Islam yang diragui kebersihan dan kehalalannya. Saya sendiri memainkan peranan menyeru keluarga saya dan mentua saya menggunakan produk Islam yang telah 4 tahun saya berjuang di dalamnya. Alhamdulillah, mereka dapat menerima perjuangan ini walaupun mereka kurang yakin pada mulanya, setelah penat menerangkan betapa pentingnya produk Muslim dan perjuangan PAS itu sendiri, akhirnya alhamdulillah, mereka dapat menerima 100%.



Barulah saya rasa perjuangan Islam ini diberkati Allah kerana di samping berjuang dalam PAS, produk dalam rumah pun semua produk Muslim. Barulah dikatakan selari dengan apa yang diperjuangkan iaitu, tegakkan Islam, akhlak Islam, musnahkan Yahudi laknatullah dan memartabatkan ekonomi ummah. Siapa nak pertikaikan lagi?

Rasulullah bersabda: “Dari Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah saw bersabda: ” Sesungguhnya Allah baik tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shaleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

FirmanNya yang lain: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” .

Kemudian Baginda mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut serta berdebu, ia menengadahkan kedua tangannya ke langit: Yaa Rabbi ! Yaa Rabbi ! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram, dan dibesarkan dari hal-hal yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do’anya”. (HR Muslim no. 1015).

Sedangkan Allah amat memandang mulia orang yang berdoa kepadaNya, kasihan belas kepada insan yang dalam keadaan kusut masai bermusafir di padang pasir dan pasti dimakbulkan doanya. Tiba-tiba ada saatnya Dia tidak memakbulkan dan tidak memandang sedikit pun kepada insan tersebut. Di mana salahnya? Salahnya mungkin kepada aspek makan dan minum kita. 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman kita jaga. Tapi tersilap tak jaga makan minum. Oleh itu adalah menjadi kekhuatiran kepada kita sebagai pendukung PAS sekiranya kita termasuk dalam golongan doa yang tidak dimakbulkan. Tidakkah kita risau? Tidakkah sia-sia amalan kita?

No comments:

Post a Comment