Tuesday, February 9, 2010

Ibu Bapa derhaka? Satu peringatan...


Majalah Solusi keluaran Telaga Biru ini amat menyentuh perasaan saya apabila membacanya. Sangatlah bermanfaat dari luar kulit sampai habis satu buku, satu hari habis saya baca, itu pun tak puas lagi...asyik ulang, ulang dan ulang...


Paling menarik artikel ialah berkenaan Ibu Bapa Derhaka. Bulan Februari 2010 punya keluaran. Bila saja membaca muqaddimahnya, dah meremang bulu roma, sebab mengingatkan sama ada diri ini derhaka pada anak ke tidak? Mula la asyik menghitung, dan rasanya banyak jugak yang kurang cukup untuk anak kesayangan.


Kalau kita sebagai bapa telah tidak melaksanakan apa yang patut untuk anak, bukankah kita ni jadi bapa derhaka? Anak derhaka kalau tidak ikut arahan ibu bapanya, tapi ibu bapa derhaka, macam mana pulak? Tapi bukan bermaksud ibu bapa kena ikut semua arahan anak...itu dah jadi tanda-tanda kiamat kecil. Tapi yang dimaksudkan ialah sebelum anak menjadi derhaka sebab kelalaian kita, baik kita beri dia sepenuh kasih sayang dan ilmu, selain nafkah zahir agar dia cukup keperluan sebagai manusia yang beriman dan bertaqwa. Barulah kita akan digelar ibu bapa yang mithali dan bertanggungjawab. Dan biarlah semua itu kita lakukan dengan ikhlas, bukan nak balasan dari anak pula suatu hari nanti, kerana bukankah setiap balasan itu daripada Allah S.W.T.? Hilanglah pahala kalau kita tuntut jasa balas dari manusia / makhluk.


Nak lebih menarik? Belilah Solusi di pasaran sekarang...orang HPA paling perlu majalah ini, agar selaras dengan pemakanan halal lagi suci, akhlak pun kena bagus. Ok...jumpa lagi, wassalam.

No comments:

Post a Comment