Ini soalan yang dah 'mangli' (lali) sangat saya dengar. Kadang-kadang sakit hati juga, kalau tanya ikhlas takpe jugak, ini tidak, dipenuhi dengan sindiran dan sinis seolah-olah orang Islam ni tak pandai berniaga. Lagi menyakitkan hati walau kita dah bagi hujah berjela-jela dan bukti serta dalil yang kuat, tetap juga dia nak menang, nak memenangkan 'kaum' nya Yahudi laknatullah tu. Nak banding dengan Milo, Nescafe, kopi, sabun buatan bukan Islam dengan buatan Muslim memang la jauh bezanya. Susah sangatkah nak faham. Oh, mungkin orang Melayu kita ni suka yang murah je, kualiti dan keberkatan dia taknak...nak yang murah dan sedap je yeeeee...
kalau itu yang dia cari, memang dia rugi...rugi di dunia dan akhirat. Betul, saya cakap serius nih.
Kenapa kata orang Islam saja letak harga mahal? Tak adil? Cekik darah? Deyyy...dengar sini baik-baik neh. Orang Islam ni nak mencari rezeki yang berkat, patutkah dia tipu harga? Kalau dia tipu, Allah yang akan membalasnya, mungkin tak lama dia berniaga, lepas tu bankrap. Jadi kalau benar-benar Islamnya, harganya memang mengikut pasaran dan hasil kira kos tolak campur bahagi dan darab. Itulah harga yang akan dia letak.
Kos produk halal jauh beza dari kos produk haram dan syubhah. Dari segi kualiti, produk halal jauh lebih berkualiti. Dari segi bersih, produk halal jauh lebih bersih. Dari segi baik (toyyib), produk halal jauh lebih baik dari produk haram dan syubhah.
"Barang baik mestilah mahal"
Rasanya hujah atas tu orang boleh faham kot, atau nak lagi keterangan?
Contoh la orang kata produk HPA ni mahal. Uisk...nak tergelak saya dengar. Dia kata orang kaya bolehla beli. Aik, HPA ni untuk orang kaya ke? Sedangkan pengasasnya berjiwa rakyat, berhati Islamik, dan bagi pulangan balik pulak tu kepada para pembeli. Kedai biasa tak bagi...jauh sekali la Nestle tu nak bagi.
Ini bezanya perniagaan cara Islam dan cara Kafir. Orang kafir tak fikir halal haram, main redah je. Apa yang boleh dia masukkan dalam produk dia, dia peduli apa, janji dapat jual, murah lak tu. Hehehe...ruginya orang Islam kalau tak pandai pakai otak. Jadi hamba orang kafir la...suka ke jadi hamba orang kafir?
Sedangkan dalam Islam, perniagaan itu adalah berasaskan kejujuran dan ketaqwaan. HPA dah lama melingkup kalau dia tak jujur. HPA dah lama bungkus kalau ia munafik. HPA dah lama tutup kedai kalau ia tiada sifat ketaqwaan. Tapi apa yang buat HPA kukuh hingga kini, sampai sekarang orang asyik kata barangnya mahal, namun HPA terus disanjung dan diberi kepercayaan mengeluarkan produk halalan toyyiba. Semua itu adalah kerana HPA bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. HPA bertawakkal setelah berusaha sedaya mungkin mengikut syariat Allah. Maka ini ganjaran yang Allah berikan kepada HPA yang sabar dan tabah dalam arus moden yang kian mencabar umat.
Sebab produk bukan Islam ini jugalah bangsa Melayu rosak...tengok saja iklan dalam tv, seperti Power Root, Brands, Coca Cola, semua menjadikan anak melayu macam beruk, terkinja-kinja, macam orang mabuk, elok sangatlah kalau anak-anak tengok kat rumah, kalau dibiarkan lama-lama terpengaruh jugak.
Kalau kata mahal lagi, jumpa saya, biar saya bagi anda nampak betapa murahnya produk halal ni. Jumpa la mana-mana leader HPA pun boleh, takde masalah...cuma jangan kata belakang, jangan cakap benda yang anda sendiri tak tau benar salahnya, itu fitnah. Dosa besar. Kena bertaubat. Huh...
Tembikai
11 years ago
No comments:
Post a Comment