Monday, March 1, 2010

Benarkah makanan mempengaruhi kualiti kehidupan kita? Satu kaji selidik.

Bagaimana makanan boleh mempengaruhi kualiti hidup seorang Muslim? Pelik kah?

Tidak ramai yang mahu ambil peduli soal pemakanan pada hari ini. Melalui bancian, hanya 30% umat Islam yang betul-betul berminat mengetahui faktor halal haram dalam pemakanan seharian. Anggapan mereka, cukuplah amal ibadah solat, puasa, tutup aurat, tak makan babi dalam kehidupan ini menjamin ke arah menjadi insan soleh dan solehah. Ternyata telahan ini SALAH sama sekali!

Orang yang kuat ilmu agamanya pun kadang-kadang terkhilaf dalam isu halal haram dalam pemakanan ini. Ramai mana para ustaz dan ahli agama yang betul-betul prihatin tentang dari mana sumber makan minum yang dihidangkan sebelum dan selepas mereka menyampaikan kuliah?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud: “Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah”.

Susah sangatkah kita hendak memahami hadis di atas? Pernahkah kita menghitung setiap hari apa yang dimakan hari ni? dari mana sumbernya? siapa yang membuatnya? Syubhah, halal atau haramkah?

Semua orang tau mencari rezeki yang halal itu adalah fardhu. Dan halal itu halal betulkah? Apa yang kita faham tentang halal? "Ah sudah...mamat ni nak ceramah pulak..."

Biar...biarkan orang naik jemu dan lali mendengar hari-hari tentang pemakanan halal haram ini, sehingga suatu hari dia akan sedar, apa yang disebut setiap hari itu rupa-rupanya amat berguna kepadanya, semoga belum terlambat.

Saya tidak mengatakan saya ni cukup handal bab halal haram ini. Saya juga tidak mengklasifikasikah diri saya ini pakar pemakanan dan bukan juga seorang yang alim. Tetapi selagi saya bergelar manusia yang bergelar khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajipan memberi peringatan dan ilmu tentang ini semua. Saya bukan juga pandai bab kitab-kitab agama, tetapi saya juga menuntutnya dari ustaz dan alim ulama. Mereka semua ada peranan di Masjid, surau, pondok pengajian dan sebagainya mengikut kepakaran masing-masing dalam menyampaikan dakwah dan ilmu. Saya juga ada bidang tersendiri, menyampaikan ilmu yang amat penting juga di samping ilmu agama, yakni pemakanan yang halal.
Salahkah bidang saya ini? Tidakkah makanan juga bersangkutan dengan ilmu agama? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa berulang kali menyebutnya, makanlah yang halal lagi baik...jagalah pemakanan, nescaya iman akan terpelihara....dan banyak lagi jika dikutip dari hadis-hadis soheh.

Ini bukan ilmu sesat. Cuma ia jarang ditekankan terutama di Malaysia ini. Memang susah hendak mengubah set pemikiran umat Islam di Malaysia kerana sekian lamanya dijajah oleh pemakanan barat dan produk bukan Islam. Oleh itu, mereka sanggup menyanggah produk buatan Muslim sendiri dengan alasan tiada kualiti. Dari mana pendapat ini mereka perolehi? Memperleceh produk buatan saudara seagama umpama memperleceh Islam itu sendiri. Baik tinggalkan solat saja, buat apa solat kalau menghina agama sendiri? Buat penat tunggang terbalik tetapi dalam waktu yang sama menggunakan produk orang yang tak solat, teruk lagi, produk bukan Islam. Tidakkah ini menjadi satu tamparan buat kita sebagai umat Islam?

Masih ramai men'daulat'kan McDonald's, KFC, Pizza Hut, Starbucks dan seangkatan dengannya. Perhabis duit men'derma'kan kepada produk-produk ini yang sebenarnya buatan orang tak solat dan bukan Islam, malah musuh Islam itu sendiri. Baik tinggalkanlah amalan-amalan soleh jika tak pandai memilih. Kadang-kadang menyampah dalam diri bila melihat segelintir umat Islam, habis solat jemaah di masjid, terus pula ke KFC dan McD, ini apa budaya yang diikutnya. Buat apa dia solat kalau seruan Islam sebenar tidak diikuti?

Betul solat itu satu kewajipan sebagai orang Islam. tapi apa pula kewajipan terhadap sesama saudara SeIslam? Itu menipu Allah namanya. kenapa? Kita solat, lepas tu kita bunuh saudara kita. Hmm faham?

bersambung.....

No comments:

Post a Comment