Sama juga dengan pemakanan kita. Kita tau babi itu haram, anjing itu haram, kalau ayam, kambing atau lembu yang tidak disembelih dengan nama Allah, haram hukumnya. Oh pandai...
Tapi kosmetik, sosej, daging burger, minuman, coke (coke haram ke? itu lah orang nak bagitau ni...Coke haram...1% di dalamnya ada alkohol!) , bebola daging, ikan, haram tak?
Jangan buat hukum melulu..sabar....jangan halalkan yang haram dan haramkan yang halal...ya betul kata orang. Betul, tak semua. Itupun kalau semua yang tersebut di atas dilakukan oleh orang Islam yang beriman. Tapi jatuh syubhah atau haram kalau ia dilakukan oleh orang bukan Islam / kafir. Oh jangan bersangka buruk...tak baik berdosa.
Eh..pandai pulak jangan bersangka buruk dengan orang kafir. Tapi kita double standard dengan orang Islam boleh pulak??? Ni lebih sayangkan orang kafir dari saudara seagama sendiri nampaknya. Orang Yahudi dan Nasrani takkan senang selagi orang Islam tidak mengikut jejak langkah mereka. Ingat ayat ini...Di akhirat nanti adakah kita mahu dikumpulkan bersama orang kafir, atau adakah kita ingin dikumpulkan bersama orang-orang beriman?
Kadang-kadang kita lihat bohsia dan bohjan pun solat jugak..at least kata mereka biar orang nampak mereka walaupun bergaul bebas tapi solat. Eh ini mana punya fahaman? Solat tapi bergaul bebas...sama macam ungkapan, "ala kami ni walaupun dedah aurat sana sini tapi yang penting hati kami bersih, jangan pandang luaran, yang penting hati". Wah lingkup umat macam ni. Ni semua berpunca dari pemakanan. Makan yang haram dan syubhah, jadi benda yang tak baik semua nampak baik.
Teringat rakan India yang beragama Hindu. Dia walaupun Hindu, tapi akhlaknya lebih baik dari orang Melayu beragama Islam. Cuma hidayah belum sampai kepadanya. Dia tahu makan apa yang haram dan apa yang halal baginya. Sopan pun sopan. Saya rasa kalau Allah beri dia hidayah, pasti lebih alim dari orang Islam yang alim.
Pemakanan ini samalah diumpamakan seperti contoh-contoh di atas tadi. Adakah cukup sekadar kita tahu haram dari sudut fizikal saja? Haram ni banyak segi. Sama ada dari segi pembuatannya, dari segi kebersihannya, dari segi orang yang membuatnya, dari segi alam sekitarnya, mahupun dari segi ekonominya.
KFC haram tak? Ia tak haram sebab kerajaan Malaysia iktiraf. Bagi sijil Halal lagi. Tapi sebenarnya dari sudut hukum ia jatuh haram. Sebab apa? Dari segi penyembelihan, kita dah gi tengok ke kilang sembelih dia? Bukankah dia dimiliki oleh orang kafir? Pastinya macam-macam orang diambil bekerja. Tambah pulak Presiden Ulama sedunia terkemuka, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi memfatwakan haram membeli produk buatan Amerika dan Yahudi. KFC dan McD termasuk di dalam senarainya. Kenapa kita orang Islam tak ikut?
Bila haram dimakan, maka jadi darah daging pun haram jugak. Tengok iklan sudah. Brand's contohnya memaparkan artis yang terkinja-kinja macam beruk, akhlak elok ke tidak? Digi, gelek ala hindustan, elok ke tak elok? Coke...brrrrrr....macam orang mabuk, itu ke orang Islam patut sokong? Tapi itulah yang kesiannya pada orang Islam kini. Mudah ikut nafsu, tidak bijak memilih. Bukalah mata, bukalah minda, bukalah telinga...dengar seruan fisabilillah.
Berjihadlah...jihad memilih jalan Allah yang sebenar. Jika kita melanggar perintah Allah dan hukum hakamnya, kita takut termasuk di dalam orang yang berperang dengan-Nya. walau kita solat, tapi tak bermakna jika solat itu tidak mendidik kita menjadi insan bertaqwa. Pemakanan kita mencerminkan siapa kita. Pemakanan kita menjadikan kita bertaqwa atau sebaliknya.
HPA = Harapan Paling Akhir umat Islam. Marilah bersama kami memupuk akhlak mulia dan Mukmin sejati. Pemakanan yang bersih lagi halal, menjamin kualiti hidup yang sejahtera.
Tembikai
11 years ago
No comments:
Post a Comment