Friday, March 5, 2010

Jihad ekonomi - apakah jalan yang benar?

Apakah sebenarnya jihad ekonomi? Berapa ramaikah antara kita umat Islam yang mengerti maksud sebenar jihad ekonomi ini? Adakah jihad ekonomi sama seperti jihad Fisabilillah? Atau adakah ia terpisah dari istilah jihad sebenar? Adakah sama ungkapannya seperti Agama suku politik suku?

Ini adalah persoalan yang amat besar bagi umat Islam. Perlu diketahui dan difahami sebenar-benarnya agar kita tidak diketawakan suatu hari nanti. Okey, dalam artikel ini, biar saya jelaskan jihad ekonomi sebenar dalam konteks yang jelas. Lupakan seketika isu saya ini ahli HPA. Bukan isu HPA sebenarnya, namun secara umumnya, tak kira MLM, SLM atau runcitan.

Apa itu jihad ekonomi?

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:“.....Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya.....” (QS Hud: 61)

Hanya dengan pembangunan ekonomi sahajalah kita dapat memakmurkan bumi Allah ini. Caranya adalah seperti produksi, distribusi, perdagangan, pertanian dan sebagainya dengan kaedah yang menepati hukum Allah.

Jihad ekonomi adalah Fadhu Kifayah. Sekiranya telah ada produk Muslim yang benar-benar menepati kehendak syarak, maka wajib kita membantu memperkenalkannya. Hebahkan, gunakan, beli dan amalkan. Jihad ekonomi tidak bermakna sekiranya kita berkecimpung dalam perniagaan yang haram dan syubhah, yakni tak jelas hukumnya. Sifat tak jelas dalam Islam adalah tertolak. Umpama kita solat di dalam keadaan was-was, Allah tidak akan menerimanya kerana kita lakukan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Macam orang gila.

Ini saya tujukan terutamanya kepada sahabat-sahabat. Jangan gila mengejar duniawi sehingga sanggup membelakangkan hukum Allah. Apa makna anda hidup sekiranya hanya untuk menjadi beban di akhirat? Sebagai orang Islam, kita takkan lari dari hukum Allah. Apa yang haram tetap haram, apa yang syubhah tetap syubhah. Apa lagi yang hendak kita ubah? Bukankah Allah telah menjadikan untuk manusia pilihan masing-masing? Tetapi jangan kita silap. Kita katakan Allah berikan kita masing-masing pilihan, jadi ikut suka hati nak pilih yang mana. Sedarlah bahawa kita orang Islam ada panduan. Ada hukum yang mengikat kita. Ada batas-batas dalam setiap perbuatan.

Tahukah kita apa istidraj itu? Istidraj adalah suatu keajaiban, suatu kelebihan yang Allah kurniakan kepada manusia, Islam atau kafir, tanpa keredhaan-Nya. Ya, Dia tidak redha tetapi Dia tetap berikan kepada siapa yang mahu. Akan tetapi, hanyalah sia-sia kerana di akhirat dia akan menerima bala.

Saya berikan contoh di sini agar jelas.

Si A ada bisnes. Si B pun ada bisnes. Si A bisnes amatlah besar dan maju. Si B pula kecil sahaja, kurang pulak orang datang membeli.

Si A nak apa semua dapat. nak projek semua dapat dalam tangan. Si B ni macam-macam dugaan bila nak dapat sesuatu. Tapi perbezaan yang ketara adalah Si A ini semua dia kaut, halal atau haram dia tidak kira, asalkan boleh bawa untung kepadanya. Si B pulak, dia ikut semua hukum-hakam yang terdapat dalam agama. Yang haram dan syubhah ditinggalkan. Hanya yang halal dan berkat sahaja diambil dalam kehidupan. Apakah ini keadilan yang Allah berikan? Kenapa yang kuat amalan agamanya diberi hanya sedikit nikmat berbanding yang jahil dan kufur kepada Allah, diberi kemewahan melampau-lampau?

Hanya orang yang mahu dan mampu berfikir akan rasakan perbezaan kedua-dua situasi ini serta tahu menilai hasil cerita ini.

Sebenarnya si A Allah telah berikan istidraj. Amat celakalah dia. Apa guna semua hartanya itu sekiranya hanya neraka menjadi habuannya kelak? Kita lihat Cina dan India ramai yang kaya raya. Adakah Allah sayang kepada mereka ini? Tetapi ramai pula orang Islam yang jujur dan bersih dalam perniagaan mereka amat susah nak membangun. Ini kerana Allah amat kasih dan sayang kepada umat Islam sebegini.

Firman Allah Taala :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[al-Ankabuut : ayat ke 2-3]

Allah sebenarnya benci mendengar permintaan kaum kuffar ini jadi dimakbulkan segera agar tidak perlu lagi mendengar celoteh mereka. Akan tetapi, Allah suka mendengar keluhan hamba-Nya yang beriman, itu sebabnya Allah berkata : "Pohonlah kepada-Ku..". Kadang-kadang lambat kadang-kadang cepat dimakbulkan doa. Semua itu adalah untuk menguji keimanan kita, tetapi Allah takkan sia-siakan setiap doa orang Mukmin, pasti akan dimakbulkan juga suatu masa nanti, jika tidak di dunia, Dia akan tunaikan di akhirat sana sebagai penebus dosa kita.

Jihad ekonomi juga bermaksud mencegah dari kemungkaran, kemaksiatan dan kemurtadan. Bukankah kemiskinan itu hampir kepada kekufuran. Oleh itu kita dikehendaki berjihad dalam mencari rezeki halal dan berkat. Jihad ekonomi dan jihad fisabilillah adalah sama. Kerana Jihad ekonomi sebenarnya adalah jihad fisabilillah juga. Orang Kuffar tidak dalam kedudukan berjihad, akan tetapi untuk mencari kekayaan semata-mata, jauh dari rahmat Allah. Apa yang kaum kuffar tau tentang halal dan berkat seperti yang diamalkan oleh orang Islam?

Islam lebih mulia dan suci dari agama lain, patutkah kita merendahkan martabat kita bekerja dengan MLM kuffar? Ini saya ingin menyedarkan sahabat-sahabat yang sedang berjuang dalam MLM konvensional @ kuffar, agar sedar lebih awal sebelum melangkah lebih jauh. Anda boleh kaya, cepat dapat duit dan bonus, tapi apa gunanya sekiranya itu semua tidak diberkati?

Di akhirat tau pula kita nak duduk bersama para Anbiya' dan orang-orang soleh, tetapi di dunia lagi kita telah memilih kuffar sebagai sahabat dan kumpulan kita, bagaimana pula di akhirat akan dihimpunkan bersama kaum Muslimin pula?

Hentikanlah apa yang anda fikir jihad ekonomi itu sekiranya bersyubhat menggunakan produk kuffar, malah tolong menjual pula. Dosakah? KFC tu dosakah?McD tu dosakah?

Ya, dalam tak sedar kita berdosa, berdosa kepada Allah dan umat Islam seluruhnya. Kita menjadi musuh kepada agama kita sendiri. Kita menjadi pengkhianat agama mulia ini. Fikirkan lah....

Siapa yang makan KFC / McD/ Pizza Hut umpama memakan darah daging saudara seagama. Dan kita telah mendermakan setiap sen sebutir peluru untuk membunuh umat Islam. Anda telah menjadi pembunuh Muslim.

p/s : saya tak faham pendapat sesetengah ahli korporat yang kononnya ingin memartabatkan produk halal, mengapa KFC pulak dijadikan modal untuk memartabatkan Islam? Sedangkan KFC adalah milik musuh Islam yakni yahudi laknatullah. Takde otak ke mereka ini?

No comments:

Post a Comment