Bacalah petikan berikut. Reaksi anda selepas ini sebagai umat Islam menunjukkan siapa anda dan di lingkungan manakah anda. Sama ada anda selepas ini tekad untuk memberi pengajaran kepada Zionis laknatullah atau sekadar rela kejadian ini berlaku kepada insan seagama dengan anda dan anda hanya memejamkan mata.
Selasa, 22/12/2009 – Israel mengakui pada hujung minggu lalu bahawa para patologinya mengambil organ mayat rakyat Palestin dan lain-lain tanpa meminta kebenaran keluarga masing-masing. Amalan tersebut dikatakan dilakukan sehingga tahun 1990-an.
Pengakuan tersebut dibuat oleh bekas ketua institut forensik Israel berikutan pendedahan panas oleh sebuah akhbar Sweden yang menyatakan bahawa pihak Israel membunuh rakyat Palestin dengan tujuan untuk mencuri organ mereka. Israel menafikan laporan akhbar itu dan menggelarnya anti-semitik.
Pengakuan yang dibuat dalam satu dokumentari televisyen dilihat bakal mengundang kemarahan masyarakat Arab dan umat Islam di seluruh dunia. Ia juga mengesahkan sikap zalim Israel terhadap rakyat Palestin. Televisyen Iran yang turut melaporkan isu itu menayangkan gambar rakyat Palestin yang telah meninggal dunia dan cedera teruk.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/penterjemah : salwa
Rasullullah S.A.W pernah menyatakan "Bahawa barangsiapa yang tiada mahu menolong seseorang mukmin yang dihinakan orang disisinya padahal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula, orang yang menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolongi Allah akan dia dalam dunia dan akhirat."
Pada hadis yang lain dijelaskan bahawa "Seorang mukmin bagi seorang mukmin itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit kepalanya sakitlah sekaliannya."
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment