Thursday, December 3, 2009

Biarlah lambat kaya, asalkan selamat dunia dan akhirat


Kenapa la masih ramai orang Melayu - Islam kita suka masuk perangkap bisnes yang merapu banyak sekarang ni? Inilah yang bermain dalam minda saya sekarang.

Memang dasar manusia nak cepat kaya, tak reti sabar dan gelojoh, akhirnya padah makan diri. Tak boleh cakap jugak, kadang-kadang memang ada yang kaya sungguh, tapi ye lah, sekadar dunia je buat ape betul tak? Mungkin ada yang baca posting saya ni akan rasa tergugat jugak la perasaan. Let's check this out...why i said so?


Ok, kenapa sesetengah MLM atau pun program 'lubuk duit' ni saya kata untuk dunia saja?

1.) Company tu Islam punya atau Kafir?

2.) Kalau Islam punya, adakah ia betul-betul ikut syariat, contohnya, takde riba, takde tipu-tipu, takde tindas menindas, halal dan berkat?

3) Kalau kafir punya, ish tak payahla involve...itu nasihat saya. Yang ada iman, takkan tanya saya balik pasal isu ni. Sebabnya apa, orang kafir punya company / bisnes, takde ingat Allah punya. Aci jamin, sebab kalau dah nama kafir, semua produk termasukla promosi dan staff, takkan suruh tutup aurat, takkan suruh solat, takkan suruh jaga halal haram, yang mereka tau, buat produk, jual dan dapat untung. Halal haram redah je laaaaaahhhhh....

4) Ada juga company / MLM Islam yang tak menitik beratkan waktu solat dan aurat. Dah jadi macam company kafir, sama la tarafnya. Waktu solat abai sampai la habis waktu, tapi dalam ceramah bukan main keluar hadis dan dalil-dalil Al-Quran, penipu! Tau pulak nak cari rezeki halal dan berkat, macam ni punya perangai baik tak payah sebut halal haram, kalau solat pun tak jaga!



"Ni bapak Hadhari, rosak anak-anak muda"

5) Ada company yang mengumpan orang. Contohnya, masuk hari ni esok tunggu je duit akan beranak-pinak, anda tak perlu susah payah, cuma sekali melabur dan esok tengokla, duit akan akan berganda-ganda, ye betul, duit berganda, tapi dari mana datangnya duit berganda tu? Kita periksa ke tak, ambik berat la sket, janganlah pakai hentam je, asal orang nak bagi kita duit, kita pun menganga mulut, lantaklah halal ke haram ke masuk ke perut, janji kaya...ini bukan orang Islam tulen, ini perangai orang Islam penipu dan munafik! Cuba la fikir dalam-dalam dengan akal bukan dengan otak je, sebab otak tu binatang pun ada otak, cuma akal takde. Mana ada dalam dunia ni, kita hanya melabur sekali, lepas tu duit berganda-ganda masuk akaun. Itu bukan kah riba? Bukankah ada unsur penipuan, sebab kita tak usaha....mana usaha kita untuk mendapatkan habuan? Labur sekali, duduk goyang kaki, ini apa punya skim? Nabi tak ajar kita cara ni. Orang kata cara moden? Cara Millenium? Tak tau ke inilah cara penipu, cara kapitalis, cara penindasan, bagi orang muflis lagi ada lah...



"duit, orang boleh jadi munafik kerananya..."


6) Memang dunia kalau untung takde sebut pasal akhirat. Bila kita sebut akhirat, automatik segala amalan kita akan ke arah itu, tak kira lah sama ada cara perniagaan, cara promosi, cara pelaburan, cara pembahagian keuntungan, cara jual-beli, amalan harian dalam kehidupan dan sebagainya. Saya dah banyak pengalaman dalam MLM, memang banyak, itu sebab saya marah kepada orang Melayu - Islam kita yang memperbodohkan diri dalam perniagaan yang samar-samar hukum halal haramnya, cuma nampak duit, duit....duittttttt....akhir zaman, inilah yang dicari, bukan pelaburan akhirat, tetapi dunia, semata-mata dunia, takde sangkut dengan akhirat.


"Nak kaya punya pasal, kena la korban agama, bangsa dan keluarga. Kat akhirat jenuh menjawab sebab jadi hamba duit.."


Kebanyakan MLM yang saya pergi ikuti ceramahnya, memang banyak 'hampeh', kata orang sekarang. Pembohong banyak! Banyak yang ikut cara orang kafir berniaga, tak kira halal haram, masuk je la dalam poket, jalannnnnnn......

Saya ni anti Amerika Israel dan sekutunya semua lah, jadi pada saya memang bangang sangatlah kalau orang Islam yang ikut punggung mereka nih. Memang layak saya panggil mereka 'bodoh tongong'. Kalau nak pakai teknologi, itu dikira memanglah patut sebab memang tak ramai orang Islam yang pakar dalam teknologi ni, tetapi bab makanan, minuman dan kegunaan harian nih, cukuplah.........banyak dah produk orang Islam kat pasaran, ape yang asyik pandang produk kafir ni? Orang ramai tak faham, tak prihatin, tak sayangkan umat seagama, nun di Palestin, sengsara....kita di sini senang lenang tak fikir tentang mereka. Tak mustahil.....TAK MUSTAHIL kita akan jadi seperti mereka jugak, kalau Allah nak bagi rasa.


"Inilah padahnya kalau tak menjaga makan minum, anak-anak jadi gelap hati, sesat.."


Apa? Doa? Kalau itu dikatakan doa saya agar Malaysia jadi macam tu, dah lama dah jadi, dulu lagi dah...tapi semua tu kan kuasa Allah Yang Maha Mengetahui bila Dia nak turunkan bala? Kenapa takut doa saya? Siapalah saya ini, hanyalah hamba-Nya yang takde kuasa.

Hentikanlah berbisnes dengan company kafir nih, mereka kaya, orang Islam jugak yang semakin terseksa, kerana perangai 'toya' kita sendiri. Hentikan sokong produk mereka, kerana duit yang kita beri pada mereka, mereka beli senjata bunuh orang Islam kita balik...sudahlahhhh.....hentikan, setakat nak cari kekayaan untuk keluarga dan anak bini, banyak lagi pilihan, kita bukannya darurat, malah dah sendat kerana MLM yang banyak bersepah kat negara ni. Pilihlah yang pemilikannya adalah Muslim, dan pastikan Muslim tidak menindas Muslim.


"Ni salah siapa? Makan benda haram dan syubhah memang jadi 'mabuk' macam ni lah, rosak bangsa dan agama."


Saya? Saya mestilah HPA, hingga akhir hayat saya. Janganlah pujuk masuk Vemma ke(US), Uptrend ke(US), CNI ke (US), Hai-O (CHINA)ke, Cosway ke (US jugak) - mereka ni semua puak kafir punya, duit kita beli masuk kat akaun mereka, lepas tu ape mereka buat? Kalau sedekah kat Masjid ke, amal jariah ke ok la jugak, tapi orang kafir mestilah bukan nak sokong Islam, takde pasal nak buat semua tu...oleh sebab itu saya seru kepada semua yang nak buat MLM, periksa dulu segalanya.

Kalau sekadar iklan "Pendapatan Lumayan", "Lubuk Duit", "Pendapatan Halal", "Ingin kaya?", "Ingin langsaikan hutang?", dan banyak lagi ayat-ayat 'power' nak pikat orang, periksa dulu betul ke semua ni? halal?...ok tapi berkat tak? Suci tak? Orang Islam punya ke bukan? Tu baca "ORANG ISLAM" sahaja. Macam mana perjalanan syarikat, duit kita ke mana dilaburkan, sumber halal ke haram, semua kena periksa. Ingat!


Kalau nak masuk HPA, hah satu pilihan yang tepat kerana saya akan jadikan anda ternganga dengan kehebatan HPA. Allahuakbar!!!


"Cubalah...mesti nak lagi.."

No comments:

Post a Comment