Wednesday, April 28, 2010

Apa tujuan kita hidup?

Bismillah...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Kerana sibuk di Facebook, maka blog ni jadi perkara kedua pula dlm lengkok dakwah ini.

Topik kali ini membincangkan secara ringkas tentang tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi ini yang mana ramai manusia dah lupa...bila lupa tujuan hidup, maka dunia ni macam jadi hak mereka...sesuka hati sesedap rasa nak buat apa pun walau ia bercanggah dengan pemilik dunia ini yakni Allah.

Kita kadang-kadang lupa, bahawa hidup ini hanya pinjaman, nyawa ini akan kita serah kembali kepada Pemiliknya maka apa yang tinggal pada kita? Tubuh yang akan reput dan tak berguna lagi...

Maka di sinilah ertikata palsu itu terbit. Ya! Dunia ini palsu...kepada yang berjaya mendidik diri mereka tidak akan tergoda dengan tipu daya dunia ini...semua benda tidak kekal melainkan Allah S.W.T.

Terbaca oleh saya satu artikel bertajuk "Siapakah yang kita sembah selama ini?" dalam artikel sahabat yang memetik :

"
Kalau kita bayangkan beribadah itu ialah seperti di atas,

‘’Saya menyembah Allah dengan saya Solat, Zakat, Haji, Sembahyang Sunat, Berzikir, Wirid, Berselawat, etc-etc.’’

..maka saya katakan bahawa bayangan atau kefahaman anda itu tidak tepat.

Di dalam agama-agama lain, kita dapati bahawa konsep IBADAH amatlah sempit. Kalau Kristian, Ibadah mereka ialah pergi ke Gereja, dan baca Bible mungkin, sama juga Yahudi, dan Yahudi juga puasa. Kalau Buddha, mereka puasa juga, pergi ke tokong untuk bersembahyang dan macam-macam lagi mereka buat di tokong (kalau ada kesempatan saya berminat nak tengok), kalau hindu pun samalah juga dengan Buddha, lebih kuranglah saya katakan.

Maka apakah benar kita katakana dalam Islam BERIBADAH adalah pergi ke Masjid, baca Quran, sembahyang, puasa dan sebagainya?

TIDAK BAHKAN!

IBADAH dalam Islam adalah jauh lebuh sempurna, jauh lebih syumul, jauh lebih maju daripada apa-apa yang agama palsu lain perbuat."

INGATLAH! SEGALA PENAT LELAH YANG KITA LAKUKAN, PENGHABISAN TENAGA, WANG, HARTA, PENGORBANAN, BERJALAN, BERMUSAFIR, MAKAN MINUM YANG DILAKUKAN KERANA ALLAH, ADALAH IBADAH!! SEKECIL-KECIL SEHINGGLAH SEBESAR-BESARNYA.

Itu lah antara isi kandungan yang memetik pendapat beliau tentang hakikat sebenar hidup manusia ini, terutama sekali yang beragama Islam, agama paling benar dan teratas sekali.

Apabila manusia hanya melaksanakan ibadah asas / ritual semata-mata, maka jadilah ia umpama binatang yang hanya mengikut arahan tuannya tanpa mengerti apa sebab tuannya memerintahkan begitu. Kerana haiwan tiada aqal!

Jika manusia tidak memikirkan bahawa perintah Allah itu adalah bersebab, maka ia lebih teruk dari haiwan! Sebab ada akal tak guna untuk memikirkan semua itu.

Tujuan kita hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Bukan merosakkan kehidupan ini dengan hawa nafsu sendiri.


Firman Allah:"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku' (51:56).

faham ke maksud ayat ini? kalau tak faham belajar la kitab...bila malas belajar itu la jadinya..Islam Hadhari!

Maksud menyembah itu dalam ertinya, bukan erti sujud semata-mata..tetapi dari bangun tidur sampai tidur semula...makan minum kerja bergaul semua ikut aturan Allah...

bersambung.....