Monday, March 23, 2009

Kenapa harus takutkan ubatan herba?

Satu penyakit yang masih mengakari minda umat Islam khususnya Melayu kita adalah takutkan ubatan herba! Ini satu virus yang harus kita sebagai pengamal ubatan HPA ambil serius. Persoalannya adalah mengapa terlalu takutkan ubat-ubat tradisional malah sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit membeli ubat di Farmasi dan Hospital. Ana tidaklah mengatakan ubat moden ni tak boleh digunakan, tetapi kadangkala orang Melayu kita lebih taksub kepada ubat doktor. Apa doktor kata diikut tanpa bantahan, makanlah ubat itu sampai meninggal. Perlu diingatkan doktor juga manusia biasa, dia hanya memberikan ubat-ubatan yang dia rasa sesuai, namun tak pasti. Malah ada juga doktor yang mengamalkan ubatan herba. Walaupun dia menjual ubatan moden dan merawat pesakit, tetapi di sebalik itu, dia sendiri beramal dengan ubatan herba terutamanya HPA.

Satu contoh, Klinik Dr Azhar yang terkenal, di cawangan Baling telah menampal sticker HPA di depan pintu kliniknya. Bukankah itu satu kebanggaan buat kita warga HPA? Ana tengok takde pulak stiker MLM yang lain. Dalam hati ana kata juga, "Alhamdulillah, klinik top macam ni pun percaya juga kepada HPA". Nah, kalau doktor pun percaya, takkan orang biasa tak percaya kepada HPA kot?...huhu

Kalau pergi ke hospital-hospital, ramainya warga emas yang datang ambil ubat. Berbungkus-bungkuslah ubat yang mereka bawa balik. Ana kesian kepada mereka, kenapa sampai begitu anak-anak biarkan orang tua mereka menderita? Apa salah cuba perubatan herba, yang memang lebih sesuai dengan tubuh badan kita berbanding ubatan kimia.

"Takut panas badan", "takut tak sesuai", "takut cirit-birit", "lepas makan jadi lagi teruk le", itulah antara alasan yang ana terima daripada segelintir orang Melayu apabila ana suruh cuba ubatan HPA. Teruk sangat ke herba?

Apapun, bagi ana ia terserah kepada pemikiran kita. Negatif bagi kita, negatif la ubat itu, kalau kita mahu mencuba dan berfikiran positif, insyaAllah pasti sembuh...bukan badan kita yang tidak mahu terima, tetapi minda kita telah di 'set'kan demikian.

Umpama menakutkan kanak-kanak untuk berjumpa doktor gigi. "Jaga-jaga, nanti doktor cabut gigi tu", "Nanti mama suruh doktor cabut gigi kamu", pastinya anak tu kecut perut sebab awal-awal lagi kita dah takutkan dia. Macam itu juga kalau kita takutkan orang dengan ubatan herba...pastinya orang "lari" dari ubatan herba kita.

Tapi inilah ujian buat kita para usahawan HPA, kita harus juga memecahkan tembok yang menjadi batu penghalang kepada orang Melayu dari terus mengenali dan mengamalkan ubatan herba. Mari kita pecahkan tembok itu sekarang. Allahuakbar!!!

No comments:

Post a Comment